Blogger Backgrounds

Kisah Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami telah disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 28, 2010

Tahniah utk kawanku Haida!.

Tahniah buat kawanku Haida coz selamat melahirkan baby boy seberat 3.3 kg secara normal 
pada jam 10.41 pm 28 oktober 2010..
fuhh hebat kamu ye haida..mesti comel cam mamanya..tak sabar lak untie nak pegang baby..
mesti pengalaman yang paling mencabar nak melahirkan..takut lak rasanya..huhu..

Bulan 12 ni satu lg bakal anak angkat akan dilahirkan..tapi rasa cam bulan depan je..sabar ye mama fiza..banyak2kan berehat..huhu..



Pengalaman yang mendebarkan..

Aduhai la cik jijah..........
Semalam (28.10.10) ambik cuti coz nak bawa mak gi beli keperluan haji..first kami gi Jalan TAR..dah settle kami singgah sekejap di Chow Kit..biasa la mak i tu mesti nak kena singgah Chow Kit..samapai je kat sana, cari parking..tapi parking nya penuh n padat..so cik jijah parking je la di tepi jalan tu..konon2nya selamat..habis je beli barang..terus ke tempat kereta..nengok2 kereta dah hilang..aduh!!!...rasa nak tercabut je jantung ni..nak pengsan pon ada..

Selamat ada orang Indon di tepi jalan bg tau yang keretaku ditarik oleh DBKL..fuhhhhhhhh!!!terseksa jiwa den..dah la takde pengalaman..Terus call pakcik tanya camne nak dapat kan kereta tu semula..pak cik lak tak tau..sabo je la..

So apa lg, call la pulak en abg syg..hehe..alhamdulillah la si dia tolong bwkkan utk dapatkan kereta tu semula..dah la jauh, kat kepong nun di sana..fuh!!..maka melayang lah duit cik jijah RM 205.00..denda compaunt RM 150 + denda tarik kereta RM 50.00 (yang gi gatal tarik tu kenapa...tak pasal2) + denda simpan kereta RM 5.00 ( sape suruh ko simpan)..isssssshhhh geram lak rasa..

Tak pe la, cik jijah anggap ni semua dugaan hidup n pengajaran..ada hikmah disebaliknya..mungkin semalam terbang RM 205.00..mungkin esok lusa Allah nak bagi rezeki berlipat kali ganda lagi..InsyaAllah..


Monday, October 25, 2010

Kesedihan dalam kegembiraan melanda.


Alhamdulillah akhirnya termakbul doa2 kami hajat mak menunaikan ibadat haji pada tahun ni..walaupon telah mendapat surat dari Tabung Haji meyatakan bahawa status 'standby' tidak berjaya dinaik taraf kepada status terpilih.Tapi kami tetap tidak berputus asa berdoa..Thanks kpd Abg Gee yang telah menolong aku bagi surat rayuan kepada YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mengisi rayuan bagi quota menteri. Alhamdulillah akhirnya dengan usaha tu 8 jemaah dari sentul berjaya menunaikan fardhu haji pada musim ni. Betapa seronoknya mereka.

Keputusan dari Tabung Haji ni juga adalah salah satu hadiah hari jadi ku kerana ada yang tersirat disebalik panggilan Haji pada tahun ni.. Alhamdulillah..maknanya tak jadi la tunda kepada tahun 2012....yahooo..hehehe..

Semua kelengkapan semua telah disediakan..Tarikh penerbangan pada 6.11.10 (sabtu) jam 9.30 malam di Kelana Jaya. Tarikh penerbangan balik pula pada 18.12.10 (sabtu) jam 8.30 malam. 

Skang ni dah mula rasa sedih....lama tu berpisah ngan mak..maklumla sebelum ni tak pernah berpisah selama 42 hari..tak dapat bayangkan nnt cam ne la time hantar kat Kelana Jaya..mau banjir kat sana nanti..huhuhuhu..

*kepada kelapan2 bakal jemaah haji dari sentul, semoga sihat2 sentiasa di sana dan dipermudahkan segala urusan pekerjaan ibadat.

Monday, October 18, 2010

Besday Girl

Dah lama kan tak update blog ni..huhu..sebenarnya tak la berapa minat nak berblog ni..
tp cuba meminatkan diri sebab time penubuhan blog ni kebosanan yang teramat akibat tak boleh buka facebook..hahaha...tapi sekarang ni kurang layan blog sebab dah leh curi2 buka facebook..hahaha..bijak2 dorang ni kan..thanks la kpd yg bg aku link nak curi buka facebook ni yer...kuang3..jgn terkantoi udah le..parah aku melanda kebosanan nanti..

Berbalik pada tajuk asal, sebenarnya semalam (18 oktober 2010 12.00 am) genap la umur aku 24 tahun..Sekejap je masa berlalu, dah 24 tahun rupanya..huhu..thanks pada kawan2 smua yg wish besday smalam..smoga doa2 kalian smua termakbul..AMIN..
Semalam ada kejutan dari si dia..dapat bunga ros..sangat terharu..thanks dear..