Blogger Backgrounds

Kisah Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami telah disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 16, 2012

Ramadan Al-Mubarak dan Kehamilan: Tip-tip

Assalamualaikum.

Nak share info tentang Puasa & Kehamilan..
Jom kt baca untuk pengetahuan diri.


Tidak lama kita akan berpuasa dan tergerak hati saya untuk menulis mengenai puasa Ramadan dan kehamilan. Oleh kerana puasa dibulan Ramadan selama 30 hari, 12 jam sehari di kawasan beriklim tropika sudah tentu sedikit sebanyak akan menjejas ibu-ibu dan juga kadungan mereka.
Sebenarnya tidak banyak kajian-kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti kesan-kesan puasa sebualan dengan kehamilan. Dan kalau ada pun, kualiti kajian tersebut banyak kedapatan bias dan menjejaskan keputusan. Mungkin suatu hari nanti ada dikalangan kita yang dapat menjalankan kajian yang terperinci dan berkualiti bagi menjawab kemusykilan terhadap puasa dan kehamilan.

Adakah puasa ini selamat?

Walaupun terdapat beberapa kajian mengenail kesan puasa sebulan dan kehamilan,masih tidak terdapat jawapan yang tepat. Kami tidak benar-benar pasti yang puasa adalah selamat untuk wanita hamil berserta dengan kandungan mereka.
Jika anda benar-benar berasa sihat dan kuat untuk berpuasa,saya rasa ianya tidak menjadi masalah besar. Mungkin mereka yang masih diperingkat Trimester 1 dengan loya,muntah,tidak bolih makan dan minum,letih yang amat sangat mungkin tidak berapa sesuai.
Jika anda tidak berasa sihat untuk berpuasa kerana kehamilan,agama kita membenarkan ibu-ibu tidak berpuasa tetapi dengan syarat menggantinya semula selepas bersalin. Jika anda tidak berasa yakin eloklah berbincang dengan doctor.

Daripada beberapa kajian yang telah dijalan:

·         Tiada perbezaan dari segi Skor Apgar diantara bayi yang dilahirkan dari ibu-ibu yang berpuasa dengan yang tidak berpuasa. Skor Apgar adalah skor yang kami gunakan untuk menilai kesihatan bayi semasa dilahirkan.
·         Terdapat ibu-ibu yang melahirkan bayi yang mempunyai berat badan rendah.Tapi kajian ini terdapat bias yang mana mereka datang dari golongan yang kurang mampu.
·         Terdapat juga kajian di peringkat awal kehamilan dikaitkan dengan masalah kesihatan bila bayi-bayi ini membesar.
·         Berpuasa juga tidak menjejaskan IQ bayi.
·         Walaupun terdapat perubahan pada keseimbangan biokimia semasa berpuasa tetapi ianya tidak memberi kesan-kesan negative kepada petumbuhan dan berat badan bayi.
·         Terdapat kaitan puasa dengan kelahiran pra matang dan perlu diberi perhatian

Secara keseluruhannya jika ibu-ibu mempunyai kesihatan yang elok,mereka tidak mempunyai masalah semasa berpuasa  dan impak terhadap kandungan(kalau ada) adalah amat kecil.

Bagaimana dengan ibu-ibu hamil yang lain?

Dari segi pengalaman saya, majority ibu-ibu berugama Islam di negara kita berpuasa walaupun mereka tahu puasa in tidak wajib bagi ibu-ibu yang mengandung dan sedang menyusu bayi mereka.
Mereka berpuasa kerena tuntutan ugama dan mereka ‘malas’ hendak menggantinya balik selepas bersalin. Mereka yang mempunyai masalah medical seperti diabetis dan darah tinggi, ramai yang berpuasa dan mereka boleh mengubah cara pengambilan ubat-ubat. Bagi saya eloklh dibawah berbincangkan doctor anda jika mempunyai masalah medical dan hamil juga. Mungkin berpuasa bolih membahayakan anda dan bayi yang dikandung.

Beberapa petua untuk ibu-ibu yang merancang untuk berpuasa.

1.       Perancangan awal semasa bulan Ramadan adalah penting supaya mudah bagi anda menjalani ibadah puasa ini.
2.       Periksa tahap kesihatan anda dengan berjumpa dengan doctor anda. Kawal masalah medical seperti diabetis dengan baik dan mungkin anda perlu lakukan ulangan antenatal yang lebih kerap lagi.
3.       Kurangkan pengambilan kaffein seperti kopi dan kola. Kurangkan sebelum puasa lagi.
Kaffein menyebabkan diuresis(kencing banyak) dan menyebabkan anda mengalami dihidrasi.
Rehydrate sebanyakkan mungkin semasa sahor.
4.       Habiskan masa ‘indoor’ bagi mengelakkan dihidrasi.
5.       Berbincang dengan majikan anda tentang carakerja semasa bulan puasa seperti mengurangkan waktu bekerja.
6.       Catatkan pengambilan makanan dan cecair

Bagaimana cara terbaik untuk berbuka puasa?

ü  Mulakan dengan makanan yang boleh melepas tenaga secara perlahan. Contohnya karbohidrat kompleks seperti ‘whole grains dan bijian dan makan berfiber-tinggi seperti buah kurma,sayuran dan buahan kering.
ü  Elakkan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi kerana ini akan menyebabkan paras glukos yang mendadak tinggi. Kesannya paras insulin juga meningkat serta merta dan paras glukos menurun dengan cepat. Akibatnya anda berasa pening dan pitam.
ü  Elakkan makanan berlemak.
ü  Ambil banyak protin dari bijian,kekacang,daging dan telur. Protin untuk pembesaran bayi.
ü  Dari berbuka hingga kesahur,perbanyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter. Elakkan kopi.

Apakah yang anda perlu berwaspada semasa berpuasa?

*      Perubahan kepada pergerakan bayi anda.
Bayi yang aktif bergerak lebih dari 10 kali dalam masa 12 jam. Jika anada berasa bayi anda kurang bergerak segera beritahu doctor anda.
*      Jika berat badan anda static atau menurun semasa puasa.
*      Anda mengalami dihidrasi.
Anda berasa amat dahaga,letih dan tidak bermaya,air kencing pekat dan berbau kuat.
*      Anda mengalami kontraksi.
Dihidrasi boleh menyebabkan ‘premature contractions’ dan kelahiran pramatang.
*      Walaupun selepas berihat anda masih lagi mengalami kelusuan,pitam,pening. Meloya dan muntah.

Kesimpulannya,anda perlu bersabar adan elakkan stress yang bukan-bukan  kerana perubahan  jadual permakanan dan kekurangan makanan dan air. Anda perlu berihat banyak bagi mengawal kegunakan kalori anda. Bantuan dari suami,pembantu rumah dapat mnbantu anda. Elakkan dari berapa dibawah cuaca panas  bagi mengelakkan dihidrasi.

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA DAN SEMUGA BULAN RAHMAT INI KITA DAPAT KEREDAAN DAN BARAKAH DARINYA.

Saturday, July 7, 2012

Berita Mengejutkan ~ Takziah buat keluarga Arwah.

Assalamualaikum..

Agak lama tak update blog ni..kesibukan di opis skrg..maklumlah musim kemasukan sekarang..

Pagi tadi lebih kurang jam 4 pagi (7.7.12) dikejutkan dengan sms dari Presiden PERKASA (Pertubuhan Kebajikan Staf) bahawa salah seorang warga IPB (Lecturer) telah kembali kerahmatullah pada jam 2 pagi..
Lepas je baca msg tu mmg x boleh tido dah..terus mengalir je air mata ni..sangat sedih..Walaupon kami tak rapat, tapi pernah b'tegur sapa..Arwah muda lagi, sebaya aku je..tapi ajal dan maut tak kira usia..

Arwah meninggal selepas 7 hari melahirkan anak sulong beliau..sepatutnya due hujung bln 8, tapi disebabkan tetiba arwah mengalami bleeding yang amat teruk, rupanya darah beliau naik sehingga 170..Doktor terpaksa bedah pada usia kandungan beliau 8 bulan..Alhamdulillah baby selamat selepas p'bedahan tersebut, arwah pon selamat tapi kena tambah darah kerana bleeding yg teruk sblm kelahiran baby..dan arwah mengalami complication hatinya mengeluarkan toksin n affected pd bdnnya..masa arwah ditempatkan di ccu, selepas arwah sedar dari coma, arwah minta dipindahkan ke wad biasa coz org sebelahnya meninggal, tapi Allah juga sayangkan Arwah..bayangkan arwah hanya sempat melihat anaknya sekali sahaja..menyusukan badan pon tak sempat..7.7.12 kami semua dikejutkan berita sedih ni.. :((  macam2 ada dlm fikiran time tu..msti husbandnye t'sangat2 sedih..belum setahun pon lagi usia perkahwinan mereka..arwah berkahwin sebulan sblm aku b'kahwin..b'tambah sedih bila memikirkan keadaan anak tersebut..YaAllah!! ..mereka merupakan pasangan suami isteri yang sgt loving..tiap2 hari husbandnye akan hantar n ambik arwah kerja..mmg selalu la nampak pasangan ni..tapi semuanya hanya pinjaman dari Allah..kami semuanya mendoakan Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Arwah disemadikan di Johor..Al-Fatihah utk Arwah..


**Ya Allah, semoga kau permudahkan proses kelahiran bayi dlm kandungan ku ini..AMIN..