Blogger Backgrounds

Kisah Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami telah disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Mom-to-be. Show all posts
Showing posts with label Mom-to-be. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Ramadan Al-Mubarak dan Kehamilan: Tip-tip

Assalamualaikum.

Nak share info tentang Puasa & Kehamilan..
Jom kt baca untuk pengetahuan diri.


Tidak lama kita akan berpuasa dan tergerak hati saya untuk menulis mengenai puasa Ramadan dan kehamilan. Oleh kerana puasa dibulan Ramadan selama 30 hari, 12 jam sehari di kawasan beriklim tropika sudah tentu sedikit sebanyak akan menjejas ibu-ibu dan juga kadungan mereka.
Sebenarnya tidak banyak kajian-kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti kesan-kesan puasa sebualan dengan kehamilan. Dan kalau ada pun, kualiti kajian tersebut banyak kedapatan bias dan menjejaskan keputusan. Mungkin suatu hari nanti ada dikalangan kita yang dapat menjalankan kajian yang terperinci dan berkualiti bagi menjawab kemusykilan terhadap puasa dan kehamilan.

Adakah puasa ini selamat?

Walaupun terdapat beberapa kajian mengenail kesan puasa sebulan dan kehamilan,masih tidak terdapat jawapan yang tepat. Kami tidak benar-benar pasti yang puasa adalah selamat untuk wanita hamil berserta dengan kandungan mereka.
Jika anda benar-benar berasa sihat dan kuat untuk berpuasa,saya rasa ianya tidak menjadi masalah besar. Mungkin mereka yang masih diperingkat Trimester 1 dengan loya,muntah,tidak bolih makan dan minum,letih yang amat sangat mungkin tidak berapa sesuai.
Jika anda tidak berasa sihat untuk berpuasa kerana kehamilan,agama kita membenarkan ibu-ibu tidak berpuasa tetapi dengan syarat menggantinya semula selepas bersalin. Jika anda tidak berasa yakin eloklah berbincang dengan doctor.

Daripada beberapa kajian yang telah dijalan:

·         Tiada perbezaan dari segi Skor Apgar diantara bayi yang dilahirkan dari ibu-ibu yang berpuasa dengan yang tidak berpuasa. Skor Apgar adalah skor yang kami gunakan untuk menilai kesihatan bayi semasa dilahirkan.
·         Terdapat ibu-ibu yang melahirkan bayi yang mempunyai berat badan rendah.Tapi kajian ini terdapat bias yang mana mereka datang dari golongan yang kurang mampu.
·         Terdapat juga kajian di peringkat awal kehamilan dikaitkan dengan masalah kesihatan bila bayi-bayi ini membesar.
·         Berpuasa juga tidak menjejaskan IQ bayi.
·         Walaupun terdapat perubahan pada keseimbangan biokimia semasa berpuasa tetapi ianya tidak memberi kesan-kesan negative kepada petumbuhan dan berat badan bayi.
·         Terdapat kaitan puasa dengan kelahiran pra matang dan perlu diberi perhatian

Secara keseluruhannya jika ibu-ibu mempunyai kesihatan yang elok,mereka tidak mempunyai masalah semasa berpuasa  dan impak terhadap kandungan(kalau ada) adalah amat kecil.

Bagaimana dengan ibu-ibu hamil yang lain?

Dari segi pengalaman saya, majority ibu-ibu berugama Islam di negara kita berpuasa walaupun mereka tahu puasa in tidak wajib bagi ibu-ibu yang mengandung dan sedang menyusu bayi mereka.
Mereka berpuasa kerena tuntutan ugama dan mereka ‘malas’ hendak menggantinya balik selepas bersalin. Mereka yang mempunyai masalah medical seperti diabetis dan darah tinggi, ramai yang berpuasa dan mereka boleh mengubah cara pengambilan ubat-ubat. Bagi saya eloklh dibawah berbincangkan doctor anda jika mempunyai masalah medical dan hamil juga. Mungkin berpuasa bolih membahayakan anda dan bayi yang dikandung.

Beberapa petua untuk ibu-ibu yang merancang untuk berpuasa.

1.       Perancangan awal semasa bulan Ramadan adalah penting supaya mudah bagi anda menjalani ibadah puasa ini.
2.       Periksa tahap kesihatan anda dengan berjumpa dengan doctor anda. Kawal masalah medical seperti diabetis dengan baik dan mungkin anda perlu lakukan ulangan antenatal yang lebih kerap lagi.
3.       Kurangkan pengambilan kaffein seperti kopi dan kola. Kurangkan sebelum puasa lagi.
Kaffein menyebabkan diuresis(kencing banyak) dan menyebabkan anda mengalami dihidrasi.
Rehydrate sebanyakkan mungkin semasa sahor.
4.       Habiskan masa ‘indoor’ bagi mengelakkan dihidrasi.
5.       Berbincang dengan majikan anda tentang carakerja semasa bulan puasa seperti mengurangkan waktu bekerja.
6.       Catatkan pengambilan makanan dan cecair

Bagaimana cara terbaik untuk berbuka puasa?

ü  Mulakan dengan makanan yang boleh melepas tenaga secara perlahan. Contohnya karbohidrat kompleks seperti ‘whole grains dan bijian dan makan berfiber-tinggi seperti buah kurma,sayuran dan buahan kering.
ü  Elakkan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi kerana ini akan menyebabkan paras glukos yang mendadak tinggi. Kesannya paras insulin juga meningkat serta merta dan paras glukos menurun dengan cepat. Akibatnya anda berasa pening dan pitam.
ü  Elakkan makanan berlemak.
ü  Ambil banyak protin dari bijian,kekacang,daging dan telur. Protin untuk pembesaran bayi.
ü  Dari berbuka hingga kesahur,perbanyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter. Elakkan kopi.

Apakah yang anda perlu berwaspada semasa berpuasa?

*      Perubahan kepada pergerakan bayi anda.
Bayi yang aktif bergerak lebih dari 10 kali dalam masa 12 jam. Jika anada berasa bayi anda kurang bergerak segera beritahu doctor anda.
*      Jika berat badan anda static atau menurun semasa puasa.
*      Anda mengalami dihidrasi.
Anda berasa amat dahaga,letih dan tidak bermaya,air kencing pekat dan berbau kuat.
*      Anda mengalami kontraksi.
Dihidrasi boleh menyebabkan ‘premature contractions’ dan kelahiran pramatang.
*      Walaupun selepas berihat anda masih lagi mengalami kelusuan,pitam,pening. Meloya dan muntah.

Kesimpulannya,anda perlu bersabar adan elakkan stress yang bukan-bukan  kerana perubahan  jadual permakanan dan kekurangan makanan dan air. Anda perlu berihat banyak bagi mengawal kegunakan kalori anda. Bantuan dari suami,pembantu rumah dapat mnbantu anda. Elakkan dari berapa dibawah cuaca panas  bagi mengelakkan dihidrasi.

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA DAN SEMUGA BULAN RAHMAT INI KITA DAPAT KEREDAAN DAN BARAKAH DARINYA.

Tuesday, May 22, 2012

"Doc.bila saya nak bersalin dan bila patut pergi ke hospital"

Assalamualaikum.

Info ni sgt berguna t'utama kpd bakal2 ibu yang melahirkan anak pertama.
kepada bakal2 ayah pon elok baca ni ya..nanti x de la panik.. :)


satu soalan “cepu mas” yang sering ditanya oleh si ibu atau si  bapa.
Soalannya begini: “ Doc,bila isteri saya/ saya nak bersalin?”
Doc: “ Eh… saya pun tak tau. Allah saja yang tau bila baby nak keluar. Tapi selalu ada petanda-petanda awal yang boleh digunakan ”.

Bila kita patut bersedia?
1.    1)  Apabila kandongan telah mencapai 38 minggu:  Mengikut perkiraan statistic, 80 hingga 90 % wanita akan bersalin dalam jangka masa ini iaitu 2 minggu sebelum tarikh bersalin/due date. Kalau tarikh due date kita menggunakan tarikh ultra sound ianya mungkin lari sedikit mengikut bila ultrasound itu dilakukan.

Contohnya: 
a) jika ultrasound dilakukan dibawah trimester pertama( bawah 12 minggu), ketepatan jangka bersalin adalah hampir tepat dengan perngiraan mengikut haid. Larinya pun dalam beberapa hari. Kalau haid tidak menentu,kita tak ingat atau masih susu badan semasa mengandong eloklah lakukan ultrasound diperingkat awal kandongan.
b) jika ultrasound dilakukan diantara trimester 1 hingga 2 ,ketepatannya lari dalam seminggu atau dua minggu.
c) jika ultrasound dilakukan lebih dari trimester ke 3, tarikh tidak boleh dipakai kecuali benar-benar tidak ada tarikh lain dan si ibu datang terlalu lewat untuk booking.     

2) Kontraksi bila menghampiri waktu bersali 
a) akan menjadi lebih kerap(frekuensi).Misalan dari sekali dalam sehari ke beberapa kali dalam sehari
b) lebih lama(duration) dari beberapa saat hingga ke minit
c) bertahan lebih lama setiap episod kontraksi. Misalan dari beberapa minit hinggakan sampai sejam dua sebelum berhenti.
d)Kesakitan dengan kontraksi semakin ketara(strength)

3) Banyak berlaku discaj jernih putih seminggu dua sebelum bersalin

4) Tekanan/pressure pada pundi kencing,belakang dan kelangkang. Mereka mengalami kerap kencing,sakit belakang dan sukar berjalan kerana sakit dibawah.Perasaan semacam ada yang nak keluar.

Satu lagi soalan: “Doc , bila masa saya perlu bawak isteri/saya kehospital? Kami duduk jauh”

Bila masa perlu ke hospital?
Disini ada beberapa factor lain yang perlu diambil kira:
1
.       Anak keberapa?
a    a)      Anak pertama- Anak pertama ini kami relaks dan cool aje sebabnya mereka ini lambat. Kadar pembukaan pintu rahim adalah 1 cm/jam kalau dibandingkan dengan anak kedua keatas pada kadar 2 hingga 3 cm/jam. Jadi kalau si ibu masuk ke hospital pada pintu rahim bukaan 3 cm, maka logiknya saya masih sempat lagi pergi Ipoh untuk makan tengah hari dan balik semula ke KL!
b    b)      Anak kedua dan keatas- Yang ini tidak boleh main-main kerana kadar pembukaan pintu rahim dua kali lebih laju secara amnya. Jadi anak kedua dan keatas perlu datang ke hospital lebih awal dari anak pertama.
  
B    Berapa kuat,kerap,lama kontraksi-kontraksi berlaku?
Proses bersalin adalah satu proses yang dinamik dan progressif. Apa maksudnya? Bilamana kontraksi berlaku, kontraksi-kontraksi ini akan berubah karektor dari jarang menjadi kerap, dari kecil kekuatannya menjadi besar, dari sekejap menjadi lama dan dari tidak sakit menjadi sakit. Kalau ciri-ciri ini tiada pada kontraksi anda maka ianya bukan “labour’ lagi. Dari segi obstetric pula kami tambah lagi iaitu kontraksi-kontraksi ini mestilah yang dapat dapat membuka dan menipiskan pintu rahim setiap jam.

a)      Anak pertama- Bilamana kontraksi-kontraksi berlaku satu dalam setiap 20 minit. Perlu di ingatkan ini bukannya yang mutlak yang ibu kena datang bila kontraksi berlaku hingga tahap ini. Kalau ibu berasa tidak selesa kerana sakit,air ketuban telah pecah atau pun turun darah ataupun rumah jauh dari hospital dan trafik jam semua ini perlu diambil kira.

b)      Anak kedua dan keatas- Kalau disuruh datang bilamana kontraksi berlaku satu dalam 2o minit, ini mungkin tidak sempat terutama kalau mereka telah ramai anak dan bersalin yang dahulu terlalu laju dan mudah. Saya selalu cadangkan bilamana si ibu mula merasa kontraksi sudah mula regular,tidak berhenti-henti dan mula sakit. Mereka tidak perlu menunggu sehingga kontraksi menjadi kuat takut ter bersalin dalam kereta! Maknanya mereka perlu cepat datang kalau dibandingkan anak pertama mereka. Ada kes-kes yang bersalin satu atau dua jam selepas air ketuban di pecahkan di hospital.
3
.       Ada turun darah atau tidak?

Turun darah bukan bermakna bersalin sudah terlalu hampir. Ianya menandakan yang pintu rahim telah mula terbuka. Ramai ibu-ibu yang bersalin tidak mengalami turun darah, Maknanya turun darah bukannya petanda utama. Bagi saya kekerapan dan kekuatan kontraksi dan kontraksi yang tidak berhenti-henti adalah penting daripada  turun darah. Kebiasaannya darah turun/show berlaku  bila kontraksi telah ada tetapi ada juga show sebelum kontraksi. Kalau show turun sebelum kontraksi,,ibu boleh tunggu sehingga kontraksi terjadi dan baru datang kehospital. Lagi sekali ini hanya pedoman sahaja dan saya pandukan dari segi pengalaman. Kalau ibu takut atau kuatir datang sahaja ke hospital. Ramai juga yang datang kerana darah turun tetapi pintu rahim masih tertutup atau diperingkat awal bersalin.
4
.       Adakah air ketuban telah pecah?

Diantara ketiga-tiga petanda bersalin iaitu kontraksi,turun darah/show dan air ketuban pecah,petanda yang ketiga ini lah yang teramat penting!
Kenapa ye?
Kita tahu vagina mempunyai  environment yang penuh dengan pelbagai kuman-kuman.Oleh kerana vagina bukannya steril maka potensi untuk kuman-kuman ini menyerang bayi didalam rahim adalah tinggi. Komplikasi bila kuman telahmasuk ke bayi,bayi boleh mengalami sepsis,pneumonia,meconium dam macam-macam lagi. Oleh sebab itu amat pentingbagi  ibu segera datang kehospital samaada ada atau tidak kontraksi terjadi. Ini adalah satu-satunya petanda bersalin yang seakan-akan emergency.

OK, secara kesimpulannya seseorang itu akan bersalin selepas 38 minggu mengikut pengiraan tarikh dari mula haid, kontraksi akan semakin kerap dan kuat lagi dekat nak bersalin dan bila tiba waktu bersalin kontraksi-kontraksi ini akan lebih kerap,lama ,kuat dan tidak akan berhenti berserta dengan darah dan akhir sekali air ketuban pecah. Bagi anak pertama kita tidak perlu  panic kerana anak pertama kita ada banyak masa tetapi kandongan yang kedua dan keatas mereka perlu datang awal sedikit dari anak pertama.

Thursday, April 12, 2012

Semakin berselera.

Assalamualaikum.

Hai kawan2, didoakan anda smua sihat 
di hari Jumaat yg mulia ni.
Lama juga tak mencoret kat blog ni..
banyak je aktiviti yg nak diceritakan,
awal bulan yang lepas kami sekeluarga ke 
Langkawi. Amat seronok sekali.
Nak cerita kat sini pon cam dah basi je kan.
huhu. Kesempatan masa yg t'luang ni 
nak ceritakan kisah mom to be n
my sweetheart.. :)

Mom to be yg berkembang dgn jayanya.

Dua2 pon berkembang..haha

Alhamdulillah morning sickness /night sickness dah lari 
dari hidupku hampir sebulan yg lalu..hehe..
maka berselera lah makan..
kalo makan je mesti nak menambah..haishh 
mmg mengembang semuanya..huhu..
takpe. asalkan sweetheart sihat ye.

2 mggu yg lepas gi check up my sweetheart,
Alhamdulillah tumbesaran mengikut perkembangan
yang sepatutnya..Doktor ckp sweetheart ni agak 
bersemangat sikit..msti ikut papa dia..hehe
Jantina masih belum nampak,
tapi Doktor dah teka mengikut garisan kaki
pd peha sweetheart..wah, hebat gak Doktor ni.
apa yg diteka Doktor tu mmg kebanyakan 
yg diteka oleh family n kwn2..
Mama n papa x kisah, asalkan kamu sihat
ye syg.. :)

3 dari kiri, smuanya ibu2 mengandung..yg hujung tu je single..hehe





Wednesday, January 18, 2012

Info Alahan ketika Mengandung

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dikurniakan rezeki yg nikmat ni..Syukur..

Nak kongsi pengalaman pregnant di bulan p'tama ni..
Mula2 tu Alhamdulillah la rasa seperti biasa je..
makan amat selera sekali..tapi, masuk minggu ke 6
(semalam 17/1/12) mula rasa loya2, perut sebu n lepas

makan je nak muntah..seksa juga rasanya, tapi terima
dugaan ni dengan terbuka.. :) bak kata suami, cuba jgn
sebut p'kataan ''adoi'' cuba cakap ''Alhamdulillah''..
haha, suami yang selalu bg semangat n sentiasa tolong
wat kerja rumah time isterinya tak larat..tqvm hubby.. :)

ok la, nak kongsi info tentang alahan..dah rasa loya
menaip panjang2 ni..hahah..sabar je la kan..


Sebab Dan Cara Atasi Alahan Mengandung

alahan mengandung, sebab alahan mengandung, cara atasi alahan
Contoh alahan semasa mengandung ialah seperti  muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung (alhamdulillah). Sebab alahan ialah kerana  wanita mengandung alami perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?

Kebanyakan, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam 3 bulan pertama. Apabila usia kandungan mencecah 3 bulan  kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Bagi wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan

morning-sickness, alahan mengandung, cara atasi alahan, ibu hamil alah, muntahSecara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan
  1.  Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  2. Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  3. Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  4. Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  5. Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  6. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  7. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  8. Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  1. Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  2. Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  3. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  1. Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  2. Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  3. Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  4. Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  5. Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  6. Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  7. Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  8. Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  1.  Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  2. Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  3. Berat badan anda menurun dengan banyak.
  4. Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  5. Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  6.  Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.