Blogger Backgrounds

Kisah Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami telah disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 28, 2011

Wedding Signage

Assalamualaikum cik adik manis semua.. :)

Hari ni banyak masa curi tulang wat keja lain..hehehe (opss)
menggunakan masa yg terluang dgn sebaiknye x salahkan..hehe

Hasilnye, hari ni cik jijah wat weding signage..
sangat suka lak ngan hasil sendiri..haha.(ayat puji diri sendiri)
sumber wedding singnage ni biasala dari en google je..
click je nak design camne kan..sangat senang..
tinggal nak edit je..

Nak tengok ke hasilnye??


-
-
-
-
-
-
-
-
-

ala sempoi je..malu lak nak tunjuk..hehehe
-
-
-
-
ok la, tgk kat bwh ni..
-
-
-
simple n cute.


Semoga Allah permudahkan segala urusanku..amin..

Tuesday, October 25, 2011

Alhamdulillah..cuti kawen dah approved.. :)

Assalamualaikum.

Hati terasa sangat lega bila sesuatu benda tu settle..
walaupon nampak hal kecik..
betul tak??betul kan???hehehe..
dan sekarang cik jijah rasa sangatttt gembira bila
cuti kawen dah approved..
hari ni apply hari ni juga approved..heheheh...
suka..suka..suka..



19 hari untuk cuti kawen...yeayyyyyyyyyy.. :)



Semoga Allah permudahkan segala urusanku.

Saturday, October 22, 2011

Tidakkkkk!!! selesema lagi!!

Assalamualaikum..

Hai comel2 smua..lama x update blog..hanya blog walking je.. :)
saat2 sebulan lg majlis ''Ikatan Kasih'' ni, cik jijah kena flu la pulak..
aduiii sangat tidak selesa..suara dah confirm sengau..hehe

Jadi, cik jijah nak share tips hilangkan selesema ni..

Minum banyak air sekurang-kurangnya 15 gelas air dalam sehari.


Susahnya nak dapatkan 15 gelas kan?Lapan gelas sehari pun belum tentu kita dapat habiskan.Tapi apa yang saya sarankan, air memang memang mempunyai ciri-ciri perubatan yang tersendiri untuk memulihkan kita secara automatik.Saya pasti, terdapat banyak produk temapatan yang berasaskan air kesihatan, kalaulah tak dapat nak habiskan 15 gelas sehari, mungkin kita boleh mencuba air minuman kesihatan tersebut. Tetapi sebelum minum, digalakkan membaca selawat syifa ya sebagai usaha dan tawakal kita kepada Allah s.w.t.

Jika kita terdedah dengan habuk, gunakan topeng muka.


Mungkin situasi ini apabila kita terlalu terdedah dengan habuk.Teringat pula zaman H1N1 dulu, topeng muka pun ada harga kawalan dan boleh kehabisan stok.!Jadi apa kata kita sediakan payung sebelum hujan, dan sediakan topeng muka ini sebagai alat bantuan kecemasan tambahan kita. Boleh kan?

Banyakkan meminum jus dan makan buah-buahan terutamanya yang mengandungu vitamin C.


Vitamin C memang memainkan peranan penting untuk mencegah selsema. Perkara yang selalu saya amalkan ketika selsema, meminum air oren segar dan makan buah oren sunkist yang masam supaya hidung tidak berair lagi. Sangat berkesan daripada supplemen Vitamin C!Tak percaya cubalah.Kalau makan bersama kawan-kawan di kedai makan, jangan lupa order jus oren yang masam punya ye!Kalau boleh kekalkan Vitamin C untuk kesihatan kita.

Kurangkan bercakap sekiranya sudah mula batuk dan selsema 
untuk mengelakkan virus dari tersebar.




Dalam tempoh selsema, mesti suara kita dalam keadaan sengau kan?Jika tidak mahu keadaan ini berterusan , kenalah  kurangkan bercakap.Kalau nak bercakap juga, kena pakai topeng muka ya.Kasihan kawan-kawan kita nanti jika virus selsema ini tersebar kepada mereka kan?

Mendapat rehat yang secukupnya.


Mendapat rehat, tidak semestinya rehat dan tidur 24 jam. Cuma kita perku kurangkan aktiviti lasak dan tidur awal supaya kita mendapat tenaga yang sepenunhya untuk hari esok.Biasanya, selepas makan ubat selsema, mesti kita mengantuk dan tidur, kan?Sebelum tidur tu, jangan pula lupa kuncikan jam loceng supaya kita tak terlajak tidur dan ketinggalan waktu solat.

Tahan nafas seketika ketika sujud semasa bersolat.




Berkemungkinan sejadah itu berhabuk dan boleh membuatkan habuk disedut dan melekat di paru-paru dan akan meyebabkan selsema kita bertambah teruk.Jadi, kalau boleh , sila jaga kebersihan sejadah sekali.Jangan biarkan ia berhabuk kerana Islam mengutamakan kebersihan.Kebersihan itu separuh dari iman.

Kurangkan aktiviti luar rumah yang sudah pastinya tercemar 
yang akan memburukkan kesihatan kita.




Perintah berkurung di rumah waktu selsema dijalankan.Kurangkan aktiviti dalam persekitaran yang tercemar . Apatah lagi asap kereta dan rokok boleh memudaratkan kesihatan kita. Penyakit jangan dicari ye.

Dapatkan ubat selsema yang boleh dipercayai dan telah disahkan 
oleh Jabatan Kesihatan bila hidung mula berair.



Kadang-kadang kita hanya membeli "Panadol Soluble" kan?Mungkin ada pilihan-pilihan ubat-ubatan lain yang biasanya disyorkan oleh pegawai farmasi berdekatan.Gunakan preskripsi mereka secara teratur.

Segeralah berjumpa doktor sekiranya selsema masih 
tidak sembuh walaupun telah memakan ubat yang disyorkan




Mungkin, kita ini ditakdirkan mendapat sakit untuk menggugurkan dosa-dosa kita.Bukti kasih sayang Allah pada hambaNya.Tak rugi kan kalau kita sakit sedikit kerana pada masa ini kita akan lebih dekat dan sering membisik doa-doa kita kepadaNya :-)

panjang la pulak post ni kan..jgn jemu jemu baca yer..hihi

***Ya Allah permudahkanlah segala urusanku..

Monday, October 17, 2011

"My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story"

"http://non-cinderella-story.blogspot.com/"
Assalamualaikum.

Hati berlagu riang bila baca blog cik Lijah (opsss Pn Lijah :p) ada contest untuk my dream veil..
actually sebelum contest ni dah email pada pn lijah tanya b'kenaan untuk tempah veil pada pn lijah ni..ingat lagi tak pn lijah?? saya azizah .. :) coz tgk hasil DIY pn lijah ni sangat2 kreatif..kalo tangan saya yg wat veil tu ntah2 jadi lapik meja je kot..hahah..so, terus je taip entry untuk join contest ni..mana tau rezeki kan..ooo ye, kalo pn lijah nak tau, hr ni tarikh saya wat entry ni (18.10.11) besday saya tau..kalo la menang contest ni........... aduiiiii hadiah paling BERMAKNA!!!! (ada bunyi cam ayat bodek ke) hehehe..korang nak tau x hadiah2 yang pn lijah ni tawarkan?? jom tengok..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hadiah Pertama: “Your Dream Veil” (veil as per request by the winner)
Hadiah Kedua: Veil jugak – yg ni ikut budi bicara saya nak buat veil yg cane.
Hadiah Ketiga: Sama mcm hadiah veil kedua…hehe
**Warna veil bagi hadiah kedua dan ketiga adalah mengikut kehendak pemenang.

Memang tergoda ngan hadiah yang ditawarkan ni..kebetulan memang tgh mencari sape yg boleh watkan veil utk saya..harap2 leh menang..hehehheheeh..ok2 jgn meluat tau baca contest saya ni..nak tau camne ''My Dream Veil'' saya??.. jom tgk bawah ni..

-
-
-
-
-
-
-
-
POTONGAN   >> saya nak potongan veil semi oval..
.
PANJANG       >> tak mo terlalu panjang..nampak sarat..panjang yg sesuai bg saya cukup                  
sampai paras siku.

TON WARNA >> baju nikah saya kaler turqoise,,lebih kurang warna baju nikah Eliyana.

kaler baju n veil saya

MATERIAL     >> saya suka chiffon..nampak ayu gitu..hehe..

SPESIFIKASI >> saya nak veil yg hanya sarat di kepala sahaja..coz saya nak pakai tudung yg kosong,
 so, saya nak nampak di kepalanampak cantik n sweet..contoh cam pict kat bwh ni..veil Pn Atiqah ni ditempah pada Vispera..saya sangat idam2 kan veil cam ni..selalu berangan..tp nak tempah pd vispera kurang b'kemampuan..hehe..kebetulan t'jumpa blog pn lijah ni.. :)

my dream veil

@ veil camni..

Itulah My Dream Veil saya..skrg ni sangat berdebar2 coz tudung n veil lom setel lagi..majlis lagi 38 hari je lagi...waaaa..semoga Allah permudahkan urusan saya..Amin..

Orang yang saya nak taq ni semuanya bakal2 melangsungkan perkahwinan..korang join la contest ni..mana tau ada rezeki.. :)


Terima kasih Pn Lijah anjurkan contest ni..semoga Allah murahkan rezeki kamu dan semoga berbahagia dengan family baru.. :)

Thursday, October 6, 2011

Tips Mengubah Persepsi Negatif Kepada Persepsi Positif

Assalamualaikum.

"Untuk merubah persepsi dari terus terdorong untuk memikirkan yang negatif supaya sentiasa menjadi positif…erm mcm mana tu?”

1. Bila bangun pagi, puji 3 orang yang kita kagumi setiap hari.
Ambil idola yang menjadi pujaan hati kita, sesiapa sahaja janji Anda kagum ngan pencapaian dia. Puji dengan ikhlas, seikhlas yang mungkin. Biar rasa kagum tu meresap ke dalam hati.

Pada peringkat permulaan, agak payah sikit, bila buat tiap hari, ia akan jadi kebiasaan dan membuat kita bersemangat di awal pagi. Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian hembus perlahan-lahan dan kiraan tujuh saat. Buat 3 atau 4 kali.

2. Time mandi, sewaktu air tu menyiram badan, panjatkan rasa syukur atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan ke dalam hidup kita, yang nampak dan yang tak nampak.

Ucapkan syukur time sarapan pagi dan ketika mula buat kerja hingga sebelum nak tidur, atas segala nikmat lalu dan yang akan datang. Misalnya, sebut “Thank you Allah, for all that i have and for all that i’ve received”.

Sebab, semakin kita bersyukur dengan ikhlas, semakin ditambahkan nikmat dalam hidup kita, lalu semakin positif kita jadinya dan segala urusan dipermudahkanm, masalah diringankan.

3. Bila melihat orang lain, mendengar berita, atau terlihat situasi-situasi lain, kawal kata-kata dalam hati dan yang terlintas di dalam minda. Latih diri untuk memandang pada aspek-apek positif yang wujud.

‘Paksa’ minda untuk melihat pada nilai yang baik-baik. Latih diri dan latih minda, di samping mengawal setiap kata-kata yang ada di dalam hati.

Seperti latihan lain, ia perlukan disiplin. Bila selalu lakukannya, ia akan jadi kebiasaan.

Bila dah jadi kebiasaan, Anda akan dapat menjana fikiran positif dan terdorong memandang yang positif saja. Tak percaya? Cubalah!

4. Buat keputusan muktamad untuk menjadi orang yang berfikiran positif. Jauhkan diri dari mendengar kata-kata umpatan, caci maki, geram, marah, tak puas hati, menyampah, menghina dan yang serupa, sebab bila layan semua ni, ia akan masuk ke dalam minda.

Caranya nak elak ia masuk, beristighfar sebanyak mungkin sehingga rasa insaf tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Bila rasa Anda tak bersemangat, fikirkan orang lain yang lebih susah dari Anda serta yang lebih parah hidupnya dari Anda, serta merta akan terbit rasa syukur kerana hidup Anda sekarang lebih baik daripada mereka. Kesannya, Anda akan bermotivasi.

5. Selalu bersangka baik pada semua orang, semua keadaan situasi, perkara, benda dan apa saja. Bersangka baik, akan dibalas baik dan saya percaya, Anda akan ditemukan dengn situasi yang baik-baik, orang yang baik-baik dan benda yang baik-baik kesan daripada itu.

Kalau asyik bersangka buruk dan memberi respon buruk di hati Anda, Anda akan ditemukan dengan situasi-situasi yang buruk juga. Tak ada siapa yang nak dirinya asyik ditimpa situasi buruk. Ubah mindset dan kemudian Anda boleh ubah hidup Anda.

Ibaratkan seperti menanam benih dalam minda, sirami dengan fikiran yang baik-baik dan hasilnya, sudah tentu hati yang baik, attitude yang baik.


"Wahai tuhan kami, ampunilah dosa dan kesalahan kami, juga dosa-dosa para mukmin yang telah mendahului kami dan janganlah engkau masukkan dengki khianat ke dalam hati kami terhadap mereka yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Amin

Sunday, October 2, 2011

Wedding Update : Kad Kawen - Setel.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kad kawen dah setel..lega rasa bila lagi satu check list dah dipotong..huhu
agak cepat juga kad ni siap..dijanjikan 10-14 hari dr tarikh transfer duit last week..
rupanya 7 hari dah siap..sangat exited la nak gi tengok hasilnya..hehe..
biasa2 je kad kawen aku ni..sangat sempoi.. :)
Nak tengok ke?? ala tunggu je la hujung bulan ni akan mula diedarkan..hehehe.. :P
ok la nak tunjuk juga sikit..sangat sempoi tau..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
eh eh eh terlebih lak..hehe..ok la ni dia kad kawen kami..

cantik x? hehe


Tunggu yer, nnt sy akan poskan ke alamat2 rumah anda.. :)