Blogger Backgrounds

Kisah Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami telah disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Colourful Girl. Show all posts
Showing posts with label Colourful Girl. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

4 Hari Lagi!!!

Assalamualaikum.



Perasaan semakin berdebar2 skang ni..
tapi, Alhamdulillah keje di opis semuanya setel setakat ni..
senang hati nak bercuti selama 19 hari..

kepada rakan2 blog, jemput dtg ye 
majlis perkahwinan saya.. ;)


**semoga Allah permudahkan urusanku..amin..

Tuesday, November 8, 2011

18 Hari Lagi???

Assalamualaikum..



Perasaan semakin tak terkawal skarang ni
coz angka yg dari awalnya 8 bulan terus
skarang kepada 18 hari untuk aku terima nikahnya..
wawaawawa..

Makin tak terkata n tak tertype nak cerita apa lagi kat post ni..

hehehe...kt sambung lain kali ya..daaaa.. :)





Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan :





**SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSANKU.

Tuesday, October 25, 2011

Alhamdulillah..cuti kawen dah approved.. :)

Assalamualaikum.

Hati terasa sangat lega bila sesuatu benda tu settle..
walaupon nampak hal kecik..
betul tak??betul kan???hehehe..
dan sekarang cik jijah rasa sangatttt gembira bila
cuti kawen dah approved..
hari ni apply hari ni juga approved..heheheh...
suka..suka..suka..



19 hari untuk cuti kawen...yeayyyyyyyyyy.. :)



Semoga Allah permudahkan segala urusanku.

Saturday, October 22, 2011

Tidakkkkk!!! selesema lagi!!

Assalamualaikum..

Hai comel2 smua..lama x update blog..hanya blog walking je.. :)
saat2 sebulan lg majlis ''Ikatan Kasih'' ni, cik jijah kena flu la pulak..
aduiii sangat tidak selesa..suara dah confirm sengau..hehe

Jadi, cik jijah nak share tips hilangkan selesema ni..

Minum banyak air sekurang-kurangnya 15 gelas air dalam sehari.


Susahnya nak dapatkan 15 gelas kan?Lapan gelas sehari pun belum tentu kita dapat habiskan.Tapi apa yang saya sarankan, air memang memang mempunyai ciri-ciri perubatan yang tersendiri untuk memulihkan kita secara automatik.Saya pasti, terdapat banyak produk temapatan yang berasaskan air kesihatan, kalaulah tak dapat nak habiskan 15 gelas sehari, mungkin kita boleh mencuba air minuman kesihatan tersebut. Tetapi sebelum minum, digalakkan membaca selawat syifa ya sebagai usaha dan tawakal kita kepada Allah s.w.t.

Jika kita terdedah dengan habuk, gunakan topeng muka.


Mungkin situasi ini apabila kita terlalu terdedah dengan habuk.Teringat pula zaman H1N1 dulu, topeng muka pun ada harga kawalan dan boleh kehabisan stok.!Jadi apa kata kita sediakan payung sebelum hujan, dan sediakan topeng muka ini sebagai alat bantuan kecemasan tambahan kita. Boleh kan?

Banyakkan meminum jus dan makan buah-buahan terutamanya yang mengandungu vitamin C.


Vitamin C memang memainkan peranan penting untuk mencegah selsema. Perkara yang selalu saya amalkan ketika selsema, meminum air oren segar dan makan buah oren sunkist yang masam supaya hidung tidak berair lagi. Sangat berkesan daripada supplemen Vitamin C!Tak percaya cubalah.Kalau makan bersama kawan-kawan di kedai makan, jangan lupa order jus oren yang masam punya ye!Kalau boleh kekalkan Vitamin C untuk kesihatan kita.

Kurangkan bercakap sekiranya sudah mula batuk dan selsema 
untuk mengelakkan virus dari tersebar.




Dalam tempoh selsema, mesti suara kita dalam keadaan sengau kan?Jika tidak mahu keadaan ini berterusan , kenalah  kurangkan bercakap.Kalau nak bercakap juga, kena pakai topeng muka ya.Kasihan kawan-kawan kita nanti jika virus selsema ini tersebar kepada mereka kan?

Mendapat rehat yang secukupnya.


Mendapat rehat, tidak semestinya rehat dan tidur 24 jam. Cuma kita perku kurangkan aktiviti lasak dan tidur awal supaya kita mendapat tenaga yang sepenunhya untuk hari esok.Biasanya, selepas makan ubat selsema, mesti kita mengantuk dan tidur, kan?Sebelum tidur tu, jangan pula lupa kuncikan jam loceng supaya kita tak terlajak tidur dan ketinggalan waktu solat.

Tahan nafas seketika ketika sujud semasa bersolat.




Berkemungkinan sejadah itu berhabuk dan boleh membuatkan habuk disedut dan melekat di paru-paru dan akan meyebabkan selsema kita bertambah teruk.Jadi, kalau boleh , sila jaga kebersihan sejadah sekali.Jangan biarkan ia berhabuk kerana Islam mengutamakan kebersihan.Kebersihan itu separuh dari iman.

Kurangkan aktiviti luar rumah yang sudah pastinya tercemar 
yang akan memburukkan kesihatan kita.




Perintah berkurung di rumah waktu selsema dijalankan.Kurangkan aktiviti dalam persekitaran yang tercemar . Apatah lagi asap kereta dan rokok boleh memudaratkan kesihatan kita. Penyakit jangan dicari ye.

Dapatkan ubat selsema yang boleh dipercayai dan telah disahkan 
oleh Jabatan Kesihatan bila hidung mula berair.



Kadang-kadang kita hanya membeli "Panadol Soluble" kan?Mungkin ada pilihan-pilihan ubat-ubatan lain yang biasanya disyorkan oleh pegawai farmasi berdekatan.Gunakan preskripsi mereka secara teratur.

Segeralah berjumpa doktor sekiranya selsema masih 
tidak sembuh walaupun telah memakan ubat yang disyorkan




Mungkin, kita ini ditakdirkan mendapat sakit untuk menggugurkan dosa-dosa kita.Bukti kasih sayang Allah pada hambaNya.Tak rugi kan kalau kita sakit sedikit kerana pada masa ini kita akan lebih dekat dan sering membisik doa-doa kita kepadaNya :-)

panjang la pulak post ni kan..jgn jemu jemu baca yer..hihi

***Ya Allah permudahkanlah segala urusanku..

Monday, September 26, 2011

Detik 60 HARI..TIK TOK TIK TOK..

Assalamualaikum..

Perasaan berdebar2 makin laju dah skarang ni..
adoiii gembira + nervous + sedih +++++++
semua perasaan ada dlm hati ni..huhu..

Setakat ni persiapan tinggal 35% je kot..

Semoga segala urusan berjalan dengan lancar
n dipermudahkan olehNya..
            AMIN..

Sunday, August 21, 2011

Alhamdulillah Rezeki.

Assalamualaikum..

Tadi dapat khabar gembira dari HR mengatakan
40 kakitangan dapat bonus extra dari MAIWP..
Tq MAIWP.. :)

Dan Alhamdulillah, walaupon kami kakitangan swasta,
company tetap bagi insentif (bonus) utk setengah bulan gaji..
Tq IPB.. :)

***Alhamdulillah sabtu lepas dah setel beli rantai tangan
      untuk batal air sembahyang..tq dear.. :)

Thursday, August 18, 2011

Sabar je la

Assalamualaikum.



Hari ni adalah hari menguji kesabaranku..lagi2 dibulan puasa ni kan..
bekerja dengan berurusan dengan student dan parents student ni
memang memerlukan kesabaran yang tinggi..

Nak cerita sikit pengalaman pagi ni berurusan dengan bapa student
yang tidak puas hati keputusan temuduga biaiswa anaknya..Kebetulan bos aku cuti hari ni,
maka aku la yang kena menjawab dan melayan segala kerenah bapa student tu..

Al-Kisahnya..Bapa pelajar tersebut nak buat rayuan biasiswa anaknya disebabkan keputusan biasiswanya adalah Yuran Pengajian Separuh, dan Elaun Tiada..Aku pon menerangkan prosedur2 untuk membuat rayuan, iaitu pada semester seterusnya baru dibolehkan wat rayuan..Ini adalah prosedur dari Baitulmal MAIWP ye..bla bla bla...terus Bapa pelajar tersebut melenting mengatakan cara pengiraan biasiswa tersebut TAK ADIL!!!..aiyoo..menguji kesabaran aku ni..aku pon menjelaskan lagi cara pengiraannya mengikut jadual perkiraan ASNAf2 yang ditetapkan oleh MAIWP..Bapa student tu tetap tak puas hati..adui la letihnya aku nak layan pakcik ni..tapi terpaksa la juga layan walaupon nada aku pon naik sikit..hehehehe..

Padahal gaji setelah dicampur dengan isterinya berjumlah RM 4k..memanglah patut tak layakkan..Lagi2 ini duit zakat..huh..Akhir ceritanya, aku suruh dia gi MAIWP bahagian Baitulmal untuk meminta penjelasan tidak puas hati tadi..

So, dalam diri kita ni tanamlah sifat sentiasa Bersyukur dengan segala rezeki yang telah ditentukan..walaupon ianya sedikit.. =)

Tahniah kepada student2 IPB yang mendapat Bantuan Ramadhan (duit raya) berjumlah RM 200.00 seorang..& TQ kepada MAIWP.. =)



Tuesday, August 16, 2011

Check List >>>>100 Hari Bergelar Isteri

Assalamualaikum.

Salam Nuzul Quran 1432 H kepada semua Umat Islam seluruh Dunia..

Hari ni juga genap lagi 100 hari aku akan bergelar isteri kepada En Shahril Khairi bin Hj Ali..kejapnya masa berlalu..perasaan gembira tu mmg ada pd setiap pasangan pengantin tetapi disebalik perasaan gembira tu perasaan takut tu mesti terselit juga..hehe..takut nak memikul tanggunggjawab sebagai isteri kelak..InsyaAllah, Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.

Ok, jom nengok check list yang tinggal 100 hr je lg ni..aduiii menakutkan!! sempat ke nak wat persiapan yang lain2 ni..huh! apa pon, Alhamdulillah bersyukur dengan segalanya..

TARIKH NIKAH – 26 NOVEMBER 2011 (SABTU)

TARIKH KENDURI – 27 NOVEMBER 2011 (AHAD)

TARIKH BERTANDANG – 03 DISEMBER 2011 (SABTU)


THE MOST IMPORTANT THINGS!
1) kursus kahwin - done!
2) borang kebenaran kahwin - in progress
3) HIV test - done!
4) kadi & saksi -

PAKAIAN
a) nikah (bride) – theme turquoise
1) dress - done!
2) veil & tudung for nikah - masih survey
3) accessories -
4) shoes -
5) bunga tangan -

b) nikah (groom) - theme turquoise
1) baju melayu - done!
2) samping & songkok & butang baju melayu -
3) shoes -

c) Resepsi KL side (bride) - theme grey
1) dress - by Azika Collection - done!
2) veil -  by Azika Collection - done!
3) tudung - by Azika Collection - done!
4) shoes - by Azika Collection - done!
5) accessories - by Azika Collection - done!
6) bunga tangan -
by Azika Collection - done!

d) Resepsi KL side (groom)
1) suit (grey) - by Azika Collection - done!
2) shoes -


e) Resepsi Kedah side (bride) – theme gold
1) New dress design - by K.Mimi - done!
2) veil, tudung and shoes - by K.Mimi - done!
3) accessories - by K.Mimi - done!
4)
bunga tangan - by K.Mimi - done!


f) Resepsi Kedah side (groom)
1) suit - by K.Mimi - done!
2) shoes -


g) for family 
1) reception at KL - theme purple - after raya
3) reception at Kedah - theme gold @ bebas - after raya

h) pengapit
1) perempuan (KL) -
2) lelaki (KL) -
3) perempuan (Kedah) -
4) lelaki (Kedah) -


MAKE UP
1) nikah by kak Azika - done!
2) resepsi kl by kak Azika - done!
3) resepsi kedah - butik di kedah - done!


HANTARAN
a) Bride's (me to him)
1) jam - Alexandre Christie - done !
2) cincin - 20/8/11 -
3) baju kemeja - Polo - done!
4) set penjagaan diri -
5) perfume - done!
6) sport shoes - Polo - done!
7) wallet & belt - Polo - done!



b) Groom's (him to me)
1) jam tangan - Alexandre Christie - done!
2) mas kahwin + gelang hantaran - 20/8/11
3) camera -
4) perfume - done!
5) handbeg + shoes - Valentino Creations - done!



CATERING
nikah & resepsi by Surau (gotong royong) - booked



CANOPY 
1) canopy, kerusi and meja - sewa Surau
2) canopy for pengantin -


PELAMIN
1) resepsi pelamin by Azika Collection - done!


GIFTS
1) for all guests time kenduri 271111 - in progress
2) for his side during kenduri - in progress
3) for kids - in progress
4) for nikah - in progress
5) upah kadi -
6) saguhati saksi -

BUNGA PAHAR
1) resepsi - 50 pieces -


KAD KAHWIN
1) Seri Sireh - booked

BILIK PENGANTIN
1) cadar - done!
2) bantal - done!

3) langsir - after raya
4) bunga -
5) carpet - done!
6) fragrance for room -

MISCELLANOUS
1) signage -
2) bunga manggar -
3) PA system & DJ by Surau - done!
4) kompang & selawat - IKB students -
5) photographer – Ajoy photographer - done!
6) inai - pakai sendiri
7) langsir & hiasan rumah (theme purple) – after raya
8) GuestBook - K.Sufina decoration - done!
9) Corsage -
10) Bunga Pahar -
11) Homestay @ Kedah - 2 buah rumah teres - done!

***InsyaAllah saya akan buat majlis yang sederhana mengikut kemampuan diri.




Thursday, July 21, 2011

Decoration Sambut Ramadhan

Hai u all..nak tanya cantik x blog kite? hehe..gediks je kan soalan tu..
maklumlumlah tgh kebosanan..so decorate la blog ni supaya jadi colourful..
sesuai la ngan blog title tu kan..hehe

Decoration ni utk sambutan Berpuasa..ada kaitan ke? haha..
Sebut pasal puasa, u all semua dah wat persiapan utk berpuasa? Hmmm kejap je kan masa berlalu..
rasanya baru je kita menyambut bulan Ramadhan yang lepas..
tup tup seminggu lagi kita akan menyambutnya lagi..
Alhamdulillah, bersyukur dapat kita sama2 berjumpa lagi bulan Ramadhan yang mulia ni..
Jom baca 10 Langkah Menyambut Bulan Ramadhan yang dianjurkan oleh para ulama, sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad saw.


1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita bisa melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, shalat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan karunia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Artinya, ya Allah, karuniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.
2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam kondisi sehat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.
5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktifitas-aktifitas kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]
6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.
7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]
8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.
9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:
· buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur.
· membagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.
10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada Semua Umat Islam Di Dunia.
Marilah kita berniat semoga Ramadhan tahun ini akan menjadikan kita lulus dalam keadaan yang bertambah keimanan dan meningkat ketaqwaan. Insya Allah.



Monday, February 28, 2011

Makan..makan..dan makan..


Huh!! lately ni mulut aku ni asyik nak mengunyah je..pantang nampak makanan..camne ek?
Aku risau baju utk majlis tunang aku nanti x muat!!!waaaaaa...
Smlm dah try baju tu, agak ketat sedikit di bahagian punggung..apa dah jadi???
maknanya aku kena la DIET ni?? aiyaa!! susah jugak ek camni..

Tapi susah nak berhenti tabiat suka mengunyah ni..melainkan kita berpuasa je..
skang aku tgh menaip entry ni pon tgh mengunyah kerepek...hahahahahahhahah..ghasak la ko jijah..

Monday, October 18, 2010

Besday Girl

Dah lama kan tak update blog ni..huhu..sebenarnya tak la berapa minat nak berblog ni..
tp cuba meminatkan diri sebab time penubuhan blog ni kebosanan yang teramat akibat tak boleh buka facebook..hahaha...tapi sekarang ni kurang layan blog sebab dah leh curi2 buka facebook..hahaha..bijak2 dorang ni kan..thanks la kpd yg bg aku link nak curi buka facebook ni yer...kuang3..jgn terkantoi udah le..parah aku melanda kebosanan nanti..

Berbalik pada tajuk asal, sebenarnya semalam (18 oktober 2010 12.00 am) genap la umur aku 24 tahun..Sekejap je masa berlalu, dah 24 tahun rupanya..huhu..thanks pada kawan2 smua yg wish besday smalam..smoga doa2 kalian smua termakbul..AMIN..
Semalam ada kejutan dari si dia..dapat bunga ros..sangat terharu..thanks dear..


Tuesday, August 10, 2010

First day puasa..

Pejam celik2 dah masuk bulan Ramadhan smula..kejap betul la zaman skarang ni berlalu..apa pon Alhamdulillah dapat bertemu Ramadhan pada tahun ni..
Cerita yang paling best nak story ni adalah bulan puasa opis bg kebenaran balik kul 4..yahooooooo bestnye..cewah cam la balik umah kena masakkan..hehehe..ni la kelebihan tinggal bersama family, balik umah je dah siap masak..Alhamdulillah...tapi tak ambil kesempatan tau atas kelebihan ni, bukan balik umah goyang kaki jer..ishhh tak elok wat cam tu..kesian kat my mom..masak juga tau walaupon diberi tugas masak sayur..hehe..
Tetiba terpikir cam ne la dah kawen nanti kan? pening lak nak pikir balik nak masak apa..kepada kawanku yang baru 1st time berpuasa bersama husband tu, jgn lupa layan husband tu, jgn beli lauk siap je tau..khas ditujukan kpd Pn Hafiza n Pn Haida..
Azam puasa tahun ni nak tingkatkan amal ibadah, nak solat sunat terawikh penuh InsyaAllah..
Tapi puasa tahun ni agak sedih sebab kak long n abang dah duduk berasingan..masing2 ngan family masing2..waaaa berbuka puasa berdua ngan ma je la..k.chik lak hidup ngan keja je..huh!!..sunyi je kat umah tu..hmm  ;((
ok kawan2.. kt sambung cerita n.time..

Wednesday, August 4, 2010

Budak baru blajar 2

Pinky Girl
taraaaa...haaa ni la dia hasil selepas di make-up blog COLOURFUL GIRL ni...cantik la jugak kan? disebabkan colouful girl ni mmg minat sangat2 warna pink ni maka tema wallpaper blog ni pon warna pink..pantang nampak benda yang colour pink mesti cair punye..time remaja dulu pernah juga berangan untuk majlis perkahwinan nnt pon nak pilih tema colour pink (berangan je) tapi tak sesuai lak rasanya..opss melalut pasal tema kawen la pulak..huhu..anyway, nak ucapkan thanks utk mama fiza yg tunjuk ajar cara nak make-up blog ni..akhirnye jadi juga walaupon belajar dalam ym je..huhu..seronok lak rasanye..biasela bila dapat sesuatu yang baru tu, ketagih la.. ;)

Friday, July 30, 2010

Budak baru blajar.......

Hallooo smua..emmm bile nengok org ada blog, tetiba teringin lak nak creat blog sendiri...actually x minat pon dulu ngan blog ni...tapi bila umur meningkat dewasa ni tetiba bnyak perubahan lak..bagus la jugakkan kalo perubahan tu membawa kpd kebaikan..dr masa terbuang melepak sana sini, baik layan blog ni..lagi2 tengah bosan melayan kje kat opis, tp kje dah siap tau..jgn salah sangka lak..dah la skang facebook, friendster, myspace n youtube dah kena blog kat opis...uhhhhhhh mmg bosannnnn!!!!! so, dgn slambernye curi waktu kje jap nak wat blog ni...hahaha..jgn mare ye sesiapa yg bernama BOS..tp keje sentiasa siap tau sebelum layari internet ni..dr masa terbuang bergossip baik layan internet..cewah..jgn lepas ni internet pon kena block..jd org tak betul la lepas ni kat opis...huhuhu..skali skala je curi masa..akhirnye ni la hasil budak baru blajar..hahahaha(gelakkan diri sendiri)...tp tak berapa pandai cara nak makeup blog ni..takpe2, nama pon budak baru nak blajar kan, mesti la slow2, nanti pandai la..yang penting usaha untuk menjadi pandai.......
errr dah terpanjang la pulak curi masa,hehe..ok la cukup setakat ni dulu..InsyaAllah ada kelapangan akan di update blog ni.. ;)