Blogger Backgrounds

Kisah Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami telah disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Percutian

Assalamualaikum.

Agak lama juga tidak mencoret kat blog ni.
Pejam celik2 Qaisara pon dah mencecah 5 bulan 6 hari.
Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah dikurniakan anak
yang sihat dan menghiburkan hati..suka senyum n suka berjalan..
pantang nak gi berjalan, mesti suka sangat2..
kalau bawak berjalan mmg x de masalah..
tak merengek langsung..Good girl!!..

04.02.13 check up Qaisara 5 bulan di Pakar Al-Islam Kg Bharu..
Doc ckp peha KFC ni coz kena cucuk pon 
x menangis langsung..hehe..lagi 23 hari Qaisara dah leh mkn ye..
yeayy mama yang excited nak bagi Qaisara makan..
Alhamdulillah Qaisara masih menyusu susu ibu..
Semoga rezeki diteruskan sehingga 2 tahun..Amin.

Check up 5 bln


Kembali kpd tajuk asal, bab percutian.
In Sha Allah 11-15 Mac 2013 kami sekeluarga akan
bercuti di Vietnam..tak sabar ok!!! ni percutian ke 2 kami
ke luar negara..(mampu ke negara yang mata wangnya rendah je)
huhu..setiap bulan pd thn ni penuh dgn bercuti..
Qaisara kalo dok umah je mesti dia gelisah..ikut sapa la tu kan..hehe.

Cerita di Vietnam akan di update selepas percutian ya..doa kan kami
selamat semuanya ya..

Jalan2 di Pahang last week.


***Fiza, ko suka cotton corak paisely kan..nanti aku 
beli kat sana ye..hehe..

Thursday, April 12, 2012

Semakin berselera.

Assalamualaikum.

Hai kawan2, didoakan anda smua sihat 
di hari Jumaat yg mulia ni.
Lama juga tak mencoret kat blog ni..
banyak je aktiviti yg nak diceritakan,
awal bulan yang lepas kami sekeluarga ke 
Langkawi. Amat seronok sekali.
Nak cerita kat sini pon cam dah basi je kan.
huhu. Kesempatan masa yg t'luang ni 
nak ceritakan kisah mom to be n
my sweetheart.. :)

Mom to be yg berkembang dgn jayanya.

Dua2 pon berkembang..haha

Alhamdulillah morning sickness /night sickness dah lari 
dari hidupku hampir sebulan yg lalu..hehe..
maka berselera lah makan..
kalo makan je mesti nak menambah..haishh 
mmg mengembang semuanya..huhu..
takpe. asalkan sweetheart sihat ye.

2 mggu yg lepas gi check up my sweetheart,
Alhamdulillah tumbesaran mengikut perkembangan
yang sepatutnya..Doktor ckp sweetheart ni agak 
bersemangat sikit..msti ikut papa dia..hehe
Jantina masih belum nampak,
tapi Doktor dah teka mengikut garisan kaki
pd peha sweetheart..wah, hebat gak Doktor ni.
apa yg diteka Doktor tu mmg kebanyakan 
yg diteka oleh family n kwn2..
Mama n papa x kisah, asalkan kamu sihat
ye syg.. :)

3 dari kiri, smuanya ibu2 mengandung..yg hujung tu je single..hehe





Wednesday, March 28, 2012

Percutian DiLangkawi again!!

Assalamualaikum.

Hai kwn2..lama betul tak menulis kat blog ni..
banyak je nak dikongsikan..tapi kemalasan 
melanda lak..hehe..yang rajinnya blogwalking jer..
macam-macam kisah baca blog orang kan..
ada yang seronok dibaca, ada yang ntah apa2 
pon ada..tapi lantaklah blog orang..suka hati dia
lah nak cerita pasal apa pon..cuma kt sebagai
manusia ni ada batas2 nya..eh eh eh, melalut lak
mama jijah ni..haha..

Kembali ke tajuk cerita asal.
31 Mac - 03 Apr kami akan bercuti di Langkawi 
lagi sekali bersama family sebelah sentul..3 buah 
kereta smuanya..walaupon dah pergi 4 kali 
(x de la sampai beribu kali lg kan) tapi tetap rasa seronok 
gi sanakan..Niat x de nak shopping apa pon, coz
plan membeli brg keperluan utk my sweetheart dulu
diutamakan..lagi pon bila2 masa kami leh gi Langkawi
coz dekat je ngan umah mak mertua n abg ipar ada dok 
Langkawi..senang la kan.. ;)..



Balik Langkwi, 05 April 2012 check up untuk my sweetheart.
Mama n Papa sangat teruja nak jumpa sweetheart ni..
kt jumpa 05 April ye syg..teruja jgk ni nak tau jantina..
hehe..punyalah mama n papa semangat, siap dah cari nama2
utk sweetheart.. :)


*** sangat excited tunggu set tilam baby dari http://littledje.com/



Tuesday, July 19, 2011

Cerita di Bndung

~~~~~>>>> 4 months, 1 week & 4 days until our wedding day <<<<;~~~~~
(time wat post ni ler)

Sungguh menakutkan bila tengok masa berlalu dengan pantasnya..tak larat aku nak kejar..hehe..bertambah2 gerun bila aku nengok blog Cik Nat yang semakin laju mengupdate status weddingnya..

Alhamdulillah checklist wedding aku pon dah banyak juga dipotong selepas membeli belah di Bandung 3 minggu yang lepas..percutian yang tidak dirancang sebenarnya ke Bandung tu..sekejap nak pergi sekejap tak nak pergi..akhirnya pergi juga coz my mom teringin nak pergi..maka, kami pon pergi juga..sambil bercuti sambil membeli benda yang penting untuk majlis kami..so 2 in 1 la kan..lepas je booked tiket terus berangan la kan nak beli apa..hehe..kami ke sana 5 hari 4 malam ok..tapi tak cukup masa juga..adoii..bnyk lg tempat yg kami x pergi..cuaca di sana seperti di Mekah kata my mom..coz walaupon panas tapi kami tak berpeluh pon..jalan la sejauh mana pon, setitik peluh pon tak keluar..seronoknya kalau kat Malaysia mcm ni..apa pon, tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia k..lagi satu yang patut dibangga di bandung adalah cara muda mudi meminta sedekah..mereka berusaha dulu sebelum meminta wang..contohnya, bila kenderaan awam berhenti apabila lampu merah, peminta sedekah akan pergi ke pintu kenderaan awam tersebut dan akan menyanyi kpd penumpang2, then akhirnya baru mereka hulur tangan..tidak seperti di sini, kebanyakannya terus menadah tangan..macam2 ada la perangai manusia ni kan..layan je la..
Orang2 kat sana baik..mungkin tak semua, tp setakat yg kami jumpa semuanya baik-baik belaka..mungkin di Bandung je kot..huhu..

Ni la gaya mereka meminta sedekah.

wif pembantu rumah jiran..kami merasa juga naik angkut ni..(kenderaan awam)


Ok, lets layan shopping2 di sana..hari pertama terus singgah di Pasar baru..Pasar baru ni, amat besar sangat..tak terlarat nak kunjung smua kedai yang ada kat dalam tu..smuanya ada 7 tingkat dan ada 4 kategori blok, a b c d..wowwww jenuh nak jalan..dan tak terlarat pon nak jalan..sesat kalo masuk dalam tu..hehe..hari pertama terus cari cenderahati untuk diberi kepada tetamu time kenduri nanti..aku tertarik pada key chain..amat murah ok..tak sampai RM 0.10 (pecah rahsia kan)..hehe..key chain ni aku beli 1,000 unit dan akan dimasukkan di dalam box untuk tetamu nanti..ok la key chain tu, cuma nak memenuhkan ruang box tu je kan..huhu..salah satu cenderahati utk VIP(org sebelah dan org dapur) pula aku beli kipas batik tangan..amat2 berbaloi..harganya tak mencecah RM 0.50..berbaloi2..so doorgift untuk tetamu hampir setel..Alhamdulillah..

memborong key chain..sakan borong,,huhu

Hari seterusnya aku cari jam tangan untuk salah satu hantaran kami..di Indonesia jenama jam yang glamour katanya Alexandre Christie..first time juga dengar..hehe..tapi disebabkan anak pembantu umah jiran kata jam ni sangat tahan, dan telah 10 tahun dipakainya..so, akhirnya kami beli juga jam tu..harganya 1,500,000.00 rupiah..waduh2 wangnya sungguh besar..berjuta2 tu..memang kena bawa kalkulator gi sana..hehe..setelah di convert ke RM, sepasang jam tu berharga RM 530.00 lebih kurang la..dan guarantee card nya ada di Malaysia, di Cheras n Batu Caves terdapat pengedar jam ni..lega sikit bila cawangannya ada di Malaysia..ni laman web jam tersebut..Alexandre Christie..sangat tertarik pada kotak jam tersebut..memang sesuai untuk dijadikan hantaran.. ;)
contoh jam tersebut.

Hari seterusnya lagi kami mencari baju untuk majlis nikah..sangat rambang mata..maka, kami hanya fokus pada colour tema sahaja..akhirnya jumpa juga..kain lining utk lace & kain baju melayu tersebut sangat berkualiti kainnya..harganya berpatutan juga..


kedai baju lace pengantin.
  Ok, jom layan je la gambar2 yang lain..dah x larat lak nak bercerita ni..demam + batuk + selsema melanda diriku..huhu..jumpa di posting akan datang ya..daaa..

wif en tunang
wif my mom

wow..first time ni naik flight
ni butik kasut..jenama indonesia..dari kulit lembu..berbaloi harganya
tu dia..hamik ko..beg sudah beranak..hehe
gerai tauhu bulat..tauhu di sana sangat fresh n sedap.
wif anak2 bibik..bagus2 mrk..pandai berdikari..

Sunday, February 27, 2011

Anniversary Perkahwinan K.Long

Sekejap sgt masa berlalu..pejam celik2 26.02.11 genap ulangtahun perkahwinan my sis..
Kepada K.long n Abg Long, kami sekeluarga doakan sentiasa berbahagia hingga ke syurga n bersabar menghadapi segala cabaran n cubaan dalam mengharungi cabaran berumah tangga..
Tahniah juga x lama lagi dapat baby..wah, bertambah la anak buah aku..
Alhamdulillah berkat doa My Mom di Mekah, akhirnya K.long pregnant 3 bulan..
kalo kt dah berusia ni, mmg susah utk pregnant kan..tapi kpd yang susah lekat la..
so, kpd kawan2 yg lom kawen tu, jom kawen..hahaha..senang je aku mengajak kawen ye..
dan, kpd yg dah ada anak tu, tambah2 la lg..hehehe..

Sempena Anniversary smlm, kami sekeluarga celebrate di Restoran Kayu Manis, Bukit Jelutong S.Alam..
sangat sedap ok..

13.3.11 ni, sorang lagi kawan aku genap usia perkahwinan beliau setahun..Tahniah Pn Fiza n Husband..
jgn gi celebrate time tu tau..wajib dtg majlis aku..hehe

Gambar makan2 smlm ada kat hp k.long..x dpt nak upload.. ;(

Friday, February 25, 2011

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

Hari ni aku cuti...seronok sangat, sebab leh bangun lambat..hehehe..
time anak dara ni la kan berpeluang nak bangun lambat..esok2 dah jadi mak dara tak berpeluang la kan..
banyak lagi tanggungjawab...waaa takut cakap pasal tanggungjawab ni..huhu..

Aku cuti hari ni ada hal yang perlu diselesaikan sebelum 13.3.11 ni..
smuanya tentang persiapan tunang nanti..Alhamdulillah smua persiapan hantaran tunang 
SELESAI ok!!!..lega rasa..Jauh kali ni gi beli kelengkapan hantaran..kat Nilai..
Sebenarnya lebih kurang je harga kat KL ni..tapi disebabkan yang nak sponsor hantaran aku ni nak gi sana, 
so ikut je la..tapi ada jugak tau barang yang murah..banyak juga beza kat KL.
jadi, kt kena pandai memilih n menilai..bila gi Nilai ni, rambang mata aku jadinya..bnyk yang cantik2..
sekarang zaman dah berubah, hantaran pon mewah..x cam dulu, guna dulang Paha je..sekarang bekas hantaran smua dah berkaki..yang penting keluar duit je..hehe.. 


~~>>**Kepada Cik Aida Fazihrah, jemput la datang saya bertunang nanti ye..:D