Blogger Backgrounds

Kisah Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami telah disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label My First Sweetheart. Show all posts
Showing posts with label My First Sweetheart. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Percutian

Assalamualaikum.

Agak lama juga tidak mencoret kat blog ni.
Pejam celik2 Qaisara pon dah mencecah 5 bulan 6 hari.
Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah dikurniakan anak
yang sihat dan menghiburkan hati..suka senyum n suka berjalan..
pantang nak gi berjalan, mesti suka sangat2..
kalau bawak berjalan mmg x de masalah..
tak merengek langsung..Good girl!!..

04.02.13 check up Qaisara 5 bulan di Pakar Al-Islam Kg Bharu..
Doc ckp peha KFC ni coz kena cucuk pon 
x menangis langsung..hehe..lagi 23 hari Qaisara dah leh mkn ye..
yeayy mama yang excited nak bagi Qaisara makan..
Alhamdulillah Qaisara masih menyusu susu ibu..
Semoga rezeki diteruskan sehingga 2 tahun..Amin.

Check up 5 bln


Kembali kpd tajuk asal, bab percutian.
In Sha Allah 11-15 Mac 2013 kami sekeluarga akan
bercuti di Vietnam..tak sabar ok!!! ni percutian ke 2 kami
ke luar negara..(mampu ke negara yang mata wangnya rendah je)
huhu..setiap bulan pd thn ni penuh dgn bercuti..
Qaisara kalo dok umah je mesti dia gelisah..ikut sapa la tu kan..hehe.

Cerita di Vietnam akan di update selepas percutian ya..doa kan kami
selamat semuanya ya..

Jalan2 di Pahang last week.


***Fiza, ko suka cotton corak paisely kan..nanti aku 
beli kat sana ye..hehe..

Thursday, November 8, 2012

Susu Ibu

Assalamualaikum.

Nak cerita pengalaman menyusukan Qaisara
dengan susu ibu.Hari ke 2 bersalin baru dpt direct 
breastfeeding Qaisara..tp susu x banyak..Qaisara hisap sekuat 
hatinya sbb lapar, tp lepas hisap je nangis lg..
tu maknenya susu x bnyk la kan.
Dalam seminggu tu Qaisara minum susu formula je.
Tapi sebelum bagi susu formula wajib mama bg susu 
ibu dulu..walaupon susu x banyak tapi niat tetap
nak susukan Qaisara dgn susu ibu..
Minggu pertama mmg mencabar nak bf Qaisara
coz mama x leh kerap sgt bgn..sakit bekas operate..
Mula2 hampir putus asa juga tgk hasil SI..
Tapi sokongan dr kawan2 dan hasil pembacaan
dr int semangat dtg smula..
Terutama semangat dari MAMA FIZA..TQ FIZA!!

Nak bnykkan susu ni kena rajin wat pump n jgn
stress..tu mmg penting..kena sentiasa positive..
mula2 pump dpt la 1.5oz utk dua2 breast..
tetap bersyukur..sbb cukup2 utk Qaisara 
setiap kali menyusu.

Kini setiap kali pump dpt 6oz utk dua2 breast.
waktu opis je dpt la 18oz utk 3x sesi.
Alhamdulillah stok masih penuh dlm peti ais..
Qaisara minum pon x banyak..10-12oz je..kdg2
x habis..setakat ni x ambik apa2 lagi makanan
tambahan..kena makan mknan yg berzat la..

Thanks skali lg kat mama fiza coz sentiasa
bagi sokongan n selalu juga sms tanya khabar
susu mama Qaisara ni.. :)

Budak suka senyum..ala tomey2 ank mama.. :)



Wednesday, November 7, 2012

Selepas pembedahan

Assalamualaikum.

Sambung cerita pengalaman bersalin 
secara pembedahan.
Alhamdulillah 11.45am selamat smuanya.
sedar2 je smua dah setel.
Qaisara pon dah dicuci..
time tu rasa cam mamai je..
Dok letakkan baby sekejap 
kat atas badan..time tu rasa
sedih + gumbira..tp masih lg cam 
lali2..bius tu kuat juga..kaki mmg x leh gerak lg..
Hosp Pakar Al-Islam ni kecik je,
Bilik pon x banyak..time aku bersalin
tu bilik utk sorang dah habis.
so, aku ditempatkan bilik b'2..
Alhamdulillah dpt jiran sebilik yg sgt baik hati.
Wife ketua polis bhgn Raub lg.
Paling sedih time mlm la..husbnad x leh nak
temankan..dahla mama x leh bgn..
Ya Allah rasa sungguh terseksa..
Alhamdulillah makcik sebelah tu baik hati
orang sakit tlg orang sakit..
Time mlm tu mmg air mata ni asyik
meleleh je teringat kat husband..hehe..
hati sgt sensitif tau.. :P
badan sangat sakit n x selesa..
nak mandi pon nurse tlg lap2kan..auuu malu mak..
hehe..Qaisara dijaga oleh nursery sbb mamanya
x leh bgn..mmg rasa sgt rindu nak tgk qaisara..
sian qaisara x dpt merasa susu ibu lepas dilahirkan..
sangat sedih..

keesokannya kena belajar berjalan..
cam budak bru belajar lak rasa..
first tu mmg susah n sakit sikit..
tapi kena biasakan diri.
pagi hr kedua br qaisara dihantar kat 
mamanya..mmg terseksa sikit utk ibu bersalin secara
pembedahan ni utk menyusu..dugaan..
susu lak x de time tu..hampa rasanya..
terpaksa hantar qaisara ke nursery smula utk menyusu
sbb dia menangis kelaparan..

Hari ketiga dah leh balik...
yeaaaaayyy sgt happy dpt blk..
x suka dok hosp..terseksa...hehe

Qaisara hr ke 2


***sambung cerita seterusnya di episod akan dtg.. :)


Monday, November 5, 2012

Pengalaman 31.Ogos.2012

Assalamualikum.

Berbulan2 lamanya x update blog ni..
banyak nak dikongsikan tp tahap kemalasan 
nak menaip tu melanda..huhu

Alhamdulillah dah selamat melahirkan 
seorang Puteri yg bernama 
Syakeela Nur Qaisara bt Shahril Khairi.
Dah 2 bln 7 hr pon..haha..bru sempat 
nak wat entry ni.

Ok, nak kongsikan sikit pengalaman mak 
time2 mendebarkan nak bersalin tu..huhu
setiap org msti rasa takut kan, nak2 yg 
x de pengalaman cam aku ni..last check-up 
tu 27.8.12, Dok nak check bukaan..
wah, first tu merasa kena selup..ok la, x rasa
sakit sangat..jari dok tu comel je kot..hehe..
Time tu dok ckp dah buka 2cm..wah berdebar2
rasa..tapi dok ckp mgkn 4-5hr lg kot bersalin.

31.08.12 subuh tu rasa sakit dah..actually sehari sblm 
tu ada air dh kluar..tp sikit jela n tak sakit..
esoknye tu dah rasa 15 min skali sakit..
husband terus ajak gi hosp..yg syoknyee sempat lg
mak b.fast nasi lemak..hehe..

Sampai hosp, terus bidan check bukaan..
n bagi makan ubat berak..hr tu cuti umum,
maka dok pon on call..1/2 jam tu dok sampai
check lg bukaan..dah merasa 3x kena selup..hehe
time tu dah 4cm buka..dok induce(btul ke ni eja)
nak bg lg cepat..lepas je induce tu terus 5 min 
skali rasa sakit..sakitnye cam senggugut tu..
tp lg sakit la..huhu.
Lepas tu dok nak pecahkan air ketuban,
tub2 tgk baby dah berak dlm perut..
''ala baby u dah berak la, syg dah buka 4cm dah,
so kena operate cepat ni''
Ya Allah, time tu terus x de perasaan dah..
coz dah rasa sakit n berserah je apa pon asalkan
my sweetheart selamat..dok ckp kalo ank ke 2 dia
lepaskan utk b'salin normal, tp ank first bahaya
coz bukaan tu lambat..takut ada effection pd baby.
husband terus b'setuju n sign borang..kul 11.15
terus operate..
dok ckp bius separuh, tp mama x sedar apa pon
tertidur..hehe..Alhamdulillah 11.45am selamat 
dikeluarkan my sweetheart..sayu hati + gembira.. :)
My Sweetheart.

**sambung cerita sehari selepas pembedahan..panjang sgt dah..huhu




Thursday, April 12, 2012

Semakin berselera.

Assalamualaikum.

Hai kawan2, didoakan anda smua sihat 
di hari Jumaat yg mulia ni.
Lama juga tak mencoret kat blog ni..
banyak je aktiviti yg nak diceritakan,
awal bulan yang lepas kami sekeluarga ke 
Langkawi. Amat seronok sekali.
Nak cerita kat sini pon cam dah basi je kan.
huhu. Kesempatan masa yg t'luang ni 
nak ceritakan kisah mom to be n
my sweetheart.. :)

Mom to be yg berkembang dgn jayanya.

Dua2 pon berkembang..haha

Alhamdulillah morning sickness /night sickness dah lari 
dari hidupku hampir sebulan yg lalu..hehe..
maka berselera lah makan..
kalo makan je mesti nak menambah..haishh 
mmg mengembang semuanya..huhu..
takpe. asalkan sweetheart sihat ye.

2 mggu yg lepas gi check up my sweetheart,
Alhamdulillah tumbesaran mengikut perkembangan
yang sepatutnya..Doktor ckp sweetheart ni agak 
bersemangat sikit..msti ikut papa dia..hehe
Jantina masih belum nampak,
tapi Doktor dah teka mengikut garisan kaki
pd peha sweetheart..wah, hebat gak Doktor ni.
apa yg diteka Doktor tu mmg kebanyakan 
yg diteka oleh family n kwn2..
Mama n papa x kisah, asalkan kamu sihat
ye syg.. :)

3 dari kiri, smuanya ibu2 mengandung..yg hujung tu je single..hehe





Wednesday, March 28, 2012

Percutian DiLangkawi again!!

Assalamualaikum.

Hai kwn2..lama betul tak menulis kat blog ni..
banyak je nak dikongsikan..tapi kemalasan 
melanda lak..hehe..yang rajinnya blogwalking jer..
macam-macam kisah baca blog orang kan..
ada yang seronok dibaca, ada yang ntah apa2 
pon ada..tapi lantaklah blog orang..suka hati dia
lah nak cerita pasal apa pon..cuma kt sebagai
manusia ni ada batas2 nya..eh eh eh, melalut lak
mama jijah ni..haha..

Kembali ke tajuk cerita asal.
31 Mac - 03 Apr kami akan bercuti di Langkawi 
lagi sekali bersama family sebelah sentul..3 buah 
kereta smuanya..walaupon dah pergi 4 kali 
(x de la sampai beribu kali lg kan) tapi tetap rasa seronok 
gi sanakan..Niat x de nak shopping apa pon, coz
plan membeli brg keperluan utk my sweetheart dulu
diutamakan..lagi pon bila2 masa kami leh gi Langkawi
coz dekat je ngan umah mak mertua n abg ipar ada dok 
Langkawi..senang la kan.. ;)..



Balik Langkwi, 05 April 2012 check up untuk my sweetheart.
Mama n Papa sangat teruja nak jumpa sweetheart ni..
kt jumpa 05 April ye syg..teruja jgk ni nak tau jantina..
hehe..punyalah mama n papa semangat, siap dah cari nama2
utk sweetheart.. :)


*** sangat excited tunggu set tilam baby dari http://littledje.com/



Wednesday, March 7, 2012

Check Up My Sweetheart 06/03/12

Assalamualaikum.

Semalam saya n hubby cuti untuk gi tengok 
my sweetheart utk check up yg ke 3.
Alhamdulillah sweetheart sihat n membesar 
mengikut perkembangan yg sepatutnya.
tangan, kaki, hidung, mata, tulang belakang 
semua dah t'bentuk.

Yang paling menyeronokkan kami, bila Dr scan je, 
sweetheart melambung2kan badannya..sweetnya anak
mama n papa ni.. ;)

Dr pon seronok nengok reaksi sweetheart kami..
Dr ckp dia tau tu kt tengok dia.. ;)
rasa sangat teruja..
Mama n papa doakan kamu sihat n 
jadi anak yang solleh..

Mysweetheart kami.


**lepas gi check up kami ke Jusco..
Mama Fiza, kami nampak kamu tgh b'shoppg juga..huhu

Thursday, March 1, 2012

Pengalaman 1st time check-up My Sweetheart - 30/01/2012

Assalamualaikum..

Lama sungguh x mengupdate blog colourful girl ni kan..
dah bersarang2 dah blog ni..kalo kat rumah pon En Husband
yang watkan kerja rumah, ini kan pula nak update blog ni..
kesian En Husband, tp syukur sangat2 dpt husband yg memahami
seperti En Shahril Khairi b Hj Mat Ali..tqvm dear.. ;)

Sekarang ni usia My Sweetheart 12 minggu, dan selama 12 mggu
ni la mama dia kena 'Night Sickness'..Doktor cakap Morning Sickness
tu dah tak betul istilahnya..hehe..tiap2 mlm la bakal mama ni akan muntah
n tak lalu makan..kdg2 x leh mkn langsung time mlm tu..
bila bakal menjadi ibu ni baru tau macamne rasanya pengorbanan
mengandung ibu2 kt dulu..MasyaAllah..tapi pengalaman ni
tak semua orang dapatkan..dan kadang2 menjadi kenangan manis
pd kt..tetap bersyukur pdNya kerana masih kuat lagi pada waktu siang..

Ok, nak cerita pengalaman 1st time check-up kat Pakar Al-Islam
Specialist Hospital..sebelum scan tu Dr tanya, ''ada keturunan kembar ke''
wah, time tu hati berdebar2 dah ni..kembar ke bakal My Sweetheartni..
mmg ramai yg ckp pon dlm perot ni kembar, sbb perot saya besar..haha
tapi, bila scan, sorang je ada.. ;)..Dr ckp kantung baby saya besar..leh muat
2 org kot..hehe



**Bila tgk hasil scan tu rasa sgt terharu dgn kebesaran Allah..
    next check-up 06/03/2012..check-up yg ke 3..tak sabar nak tgk
    my sweetheart ni.. :)