Blogger Backgrounds

Kisah Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami telah disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 27, 2011

<>Wordless Wednesday<>

Assalamualaikum.

*** Aipp jgn salah paham tau tgk gambar baby ni..hehe
Just nak cerita, saya yang semakin tembam after kawen..lalalala..
tapi, kalau baby comel gakkan..huh!!..
x pe, asalkan hubby saya syg saya.. :)

Wednesday, December 21, 2011

REVIEW 2 : Hand Bouquet - Paper Flower

Assalamualaikum..

Harini nak tunjuk kat kawan2 bunga 
tangan time nikah..bunga ni ditempah 
kepada kak sufina (lecturer IPB @ kwn opis)
dia sangat creative wat paper flower n quilling.
actually guestbook pon ditempah kpd beliau..
tp cerita pasal guestbook akan diupdate 
kemudian ye.. :)

so, kepada kwn2 blog yang minat nak tempah
bunga tangan paper flower ni leh la bg tau sy..
promote ni tau..hehe..hasil kerja beliau sangat 
kemas n cantik.. :)

Idea paper flower ni setelah di search di google..
mmg plan x mau guna artificial flower..
nak lain dr yg lain sikit..fresh flower digunakan
time bersanding..Alhamdulillah hajat ni juga tercapai..
setelah di google, berkenan ngan paper flower ni..
terus jumpa k.sufina n suruh dia wat.. :) 
Tq k.sufina melayan kehendak saya..hehe..
yang best, bunga ni leh digunakan lagi selepas
nikah..leh wat hiasan di ruang tamu.. :)

Paper Flower. gambar x clear sgt..tgh tunggu gambar dr Ajoy Photo.

contoh dr google

Colour purple tu dicadang oleh k.sufina.
supaya nampak contra katanya.. ;)
Apa pon saya sangat b'puas hati ngan
bunga tu..n ramai juga yang b'kenan.. :)

Tuesday, December 20, 2011

JJCM - Saba Restoran

Assalamualaikum.

Semalam en hubby syg belanja kami dinner
kat Restoran Saba ni..memang pilihan kami
nak makan nasi arab..Sebelum ni kalau
teringin nak mkn nasi arab je kami gi
kat Al-Rawsha..kali ni nak rasa nasi arab
kat tempat lain lak..senang je nak tau
suggestion tmpat lain, tanya je Pn Fiza yang
selalu gi JJCM..heheh..Fiza sugges kat
Restoran Saba..ok sangat tempat ni..
Sedap dan MURAH ok!!..berbaloi2.. :)
Ok, jom layan gambar yg x seberapa ni..

Saba Restoran
Pengantin baru..baru ke??hehe
My Sis, Mom n Brother
Chicken Kebab





Hanith Chicken
                          
Tq dear.. :)



                                

Monday, December 19, 2011

REVIEW 1 : Veil Nikah

Assalamualaikum..

Hai korang..sihat ke? sejak kawen ni makin malas
lak ye nak update blog..hehe..rajin baca blog kwn2 je..

Kesempatan masa t'luang ni (bos x de sebenarnye)
nak updates review 1 tentang veil nikah.
Persiapan veil n tudung nikah ni adalah last min sgt.
tudung nikah beli seminggu sebelum..huhu..hebat kan sy? :P
walaupon last min, sgt bersyukur coz tudung ni mmg pilihan
hati sy utk nikah dan dimudahkan Allah utk mencari..
hanya gi 2 kedai sahaja terus jumpa colour turqoise..
kaler tu agak susah utk cari..tapi rezeki aku kot time tu.. :)
time nikah aku pakai tudung chiffon 2 layer n inner scarf
yang x de awning..mmg impian x mo pakai awning..
konon2 senang nnt time batal air sembahyang..gatalnye..hehe
Alhamdulillah hajat 100%.. :)

Veil pula sewa je pd butik K.Mimi time tunang dulu..
Alhamdulillah juga warna turqoise tu ada n sesuai sangat..
yang paling sangat gembira pasal veil ni adalah mmg impian
veil aku sebelum ni iaitu manik sarat di kepala..suke sangggat..
Ramai juga yang tanya kat mana beli tudung nikah n veil
aku time nikah hr tu.. :) Syukur sangat dipermudahkan
segalanya walaupon beli last minit..

Ok, meh nengok gambar nikah..curi gambar
dr kwn2 dulu ya..gambar i lom siap lg.. :)

Tudung Chiffon n Inner


Veil Idaman mnjadi Realiti..hehe
pandangan hadapan.

Tuesday, December 13, 2011

Alhamdulillah selesai semuanya.

Assalamualaikum..



Syukur Alhamdulillah telah selamat
bergelar isteri kepada En Shahril Khairi
pada 26.11.11 (1 Muharam 1433H)
jam 09.21pm dengan sekali lafaz.
Semoga masjid yang dibina ini kekal bahagia
hingga ke Syurga..Amin..

First skali nak updates tentang vendor/sponsor
time nikah n majlis resepsi.

OFFICIAL VENDORS / SPONSORS FOR SOLEMNIZATION

 Bride & Groom Attire ( Solemnization ) :
Baju Nikah : Bandung. Ditempah - K.Shima.
Groom Attire : Bandung. Ditempah - Selayang
Veil : Sewa Kak Mimi
Handbouqouet : DIY oleh K.Sufina

Solemnization Mua : 

Gubahan Hantaran / Bunga Pahar :
Her : by K.Long Yati
Him : by K.Mimi

OFFICIAL VENDORS / SPONSORS FOR RECEPTION

Reception Dais : 
Blog : Azika Collection

Reception Mua :  
Blog : Azika Collection

Reception Photographer/Videographer:  
Blog : Ajoy Photo

Bride & Groom Attire ( Reception ) :
Pakaian Pengantin : Azika Collection
Handbouqouet : Fresh Flower - Azika Collection


Guestbook :
DIY by Pn Sufina.
Signage guestbook by Nabeela

Canopy & Catering (Reception) :
Canopy  - sewa Surau

Catering - Gotong royong.

 Meja Beradap - Yop Canopy

Wedding Cake / Cupcakes :
  Sponsor by  Cik Lin & Cik Farwah
DJ / Kompang :
DJ  : Fahmi Sentul

Kompang : Ajoy Photo.
Kad Jemputan Kahwin/bunting/box
Seri Sireh.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar 
walaupon pada majlis tersebut hujan turun 
selepas ketibaan pengantin. kata orang hujan itu 
hujan rezeki untuk pengantin. Amin. 
Segalanya sudah ditentukan Allah..
Manusia hanya merancang, 
namun Allah juga penentu segalanya.

Jutaan Terima Kasih kepada My Mom 
yang banyak bertungkus lumus menjayakan 
majlis perkahwinan ni. Beliau orang yang banyak 
berkorban segalanya. Tq Ma.
Terima Kasih juga kepada adik beradik, 
ayah su n maksu,cik ja n ayah mat, 
suni n p.su n kepada semua family.
Kepada K.long Yati yang sponsor buatkan hantaran.
Jiran2 n team surau yang banyak bantu keluarga
kami bergotong royong memasak.
dan terima ksih juga pada sahabat2ku
walaupon ada yg bekerja pada hr tersebut
tapi sanggup ambik cuti.. tq Cik Lin.
terima kasih juga pd Mama Fiza n Mama Haida 
yang sanggup luangkan masa time nikah walaupon
korang dah berkeluarga..mama haida siap jadi 
photographer lagi time wedding i..hehe..tq..
Kepada Pn Nat tq juga dtg walaupon 
kad jemputan x sempat bg..hehe..
serta kepada semua yg dtg majlis saya..
semoga Allah merahmati kalian semua.
InsyaAllah akan review majlis saya nanti ya. :)

Tuesday, November 22, 2011

4 Hari Lagi!!!

Assalamualaikum.



Perasaan semakin berdebar2 skang ni..
tapi, Alhamdulillah keje di opis semuanya setel setakat ni..
senang hati nak bercuti selama 19 hari..

kepada rakan2 blog, jemput dtg ye 
majlis perkahwinan saya.. ;)


**semoga Allah permudahkan urusanku..amin..

Thursday, November 17, 2011

8 Hari Lagi !!!!

Assalamualaikum..

Nak bg tau, tinggal 8 hari je lagi!!!
sangat berdebar2..hukhuk



**semoga segala urusanku dipermudahkan..amin.

Thursday, November 10, 2011

Selamat Pengantin Baru untuk Pengantin 11.11.11.

Assalamualaikum.

Hari ni tarikh yang menarik untuk tahun 2011.
11.11.11
dan hari ni lah ramai yang membuat pilihan 
untuk bertukar status dari bujang ke berkahwin.

Selamat menempuh alam perkahwinan kepada  
Pn Nat (bertukar status selepas solat jumaat)
&
Pn Azi (bertukar status selepas asar)



Semoga berbahagia hingga ke Syurga..
InsyaAllah akan ke majlis anda ye.
Walaupon kena kerja weekend ni..hukhuk.. ;(

Tuesday, November 8, 2011

Undangan Majlis Ikatan Kasih Siti Noor Azizah & Shahril Khairi.

Assalamualaikum, salam sayang buat semua.. ;)

17 hari lagi bakal memikul tanggungjawab 
sebagai isteri.
Maka, dengan rasa rendah dirinya, 
saya menjemput semua kawan2
n readers blog ke majlis Walimah 
yang akan berlangsung pada:


27 NOVEMBER 2011

bertempat di,
Dataran Surau At-Taqwa, Blok 209, 
Jln Dato Senu 26, Flat Sentul Utama,
51000 Kuala Lumpur.

ketibaan pengantin:
1.30 ptg.

Kad Undangan Walimatul Urus.


Pelan ke Lokasi Majlis.(sila besarkan)


Kepada yang memerlukan kad, sila tinggalkan alamat

 Sekian, Terima Kasih. :)


**Rasa tak caya lak dah nak kawen..hehehehe


 

18 Hari Lagi???

Assalamualaikum..



Perasaan semakin tak terkawal skarang ni
coz angka yg dari awalnya 8 bulan terus
skarang kepada 18 hari untuk aku terima nikahnya..
wawaawawa..

Makin tak terkata n tak tertype nak cerita apa lagi kat post ni..

hehehe...kt sambung lain kali ya..daaaa.. :)





Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan :





**SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSANKU.

Friday, October 28, 2011

Wedding Signage

Assalamualaikum cik adik manis semua.. :)

Hari ni banyak masa curi tulang wat keja lain..hehehe (opss)
menggunakan masa yg terluang dgn sebaiknye x salahkan..hehe

Hasilnye, hari ni cik jijah wat weding signage..
sangat suka lak ngan hasil sendiri..haha.(ayat puji diri sendiri)
sumber wedding singnage ni biasala dari en google je..
click je nak design camne kan..sangat senang..
tinggal nak edit je..

Nak tengok ke hasilnye??


-
-
-
-
-
-
-
-
-

ala sempoi je..malu lak nak tunjuk..hehehe
-
-
-
-
ok la, tgk kat bwh ni..
-
-
-
simple n cute.


Semoga Allah permudahkan segala urusanku..amin..

Tuesday, October 25, 2011

Alhamdulillah..cuti kawen dah approved.. :)

Assalamualaikum.

Hati terasa sangat lega bila sesuatu benda tu settle..
walaupon nampak hal kecik..
betul tak??betul kan???hehehe..
dan sekarang cik jijah rasa sangatttt gembira bila
cuti kawen dah approved..
hari ni apply hari ni juga approved..heheheh...
suka..suka..suka..



19 hari untuk cuti kawen...yeayyyyyyyyyy.. :)



Semoga Allah permudahkan segala urusanku.

Saturday, October 22, 2011

Tidakkkkk!!! selesema lagi!!

Assalamualaikum..

Hai comel2 smua..lama x update blog..hanya blog walking je.. :)
saat2 sebulan lg majlis ''Ikatan Kasih'' ni, cik jijah kena flu la pulak..
aduiii sangat tidak selesa..suara dah confirm sengau..hehe

Jadi, cik jijah nak share tips hilangkan selesema ni..

Minum banyak air sekurang-kurangnya 15 gelas air dalam sehari.


Susahnya nak dapatkan 15 gelas kan?Lapan gelas sehari pun belum tentu kita dapat habiskan.Tapi apa yang saya sarankan, air memang memang mempunyai ciri-ciri perubatan yang tersendiri untuk memulihkan kita secara automatik.Saya pasti, terdapat banyak produk temapatan yang berasaskan air kesihatan, kalaulah tak dapat nak habiskan 15 gelas sehari, mungkin kita boleh mencuba air minuman kesihatan tersebut. Tetapi sebelum minum, digalakkan membaca selawat syifa ya sebagai usaha dan tawakal kita kepada Allah s.w.t.

Jika kita terdedah dengan habuk, gunakan topeng muka.


Mungkin situasi ini apabila kita terlalu terdedah dengan habuk.Teringat pula zaman H1N1 dulu, topeng muka pun ada harga kawalan dan boleh kehabisan stok.!Jadi apa kata kita sediakan payung sebelum hujan, dan sediakan topeng muka ini sebagai alat bantuan kecemasan tambahan kita. Boleh kan?

Banyakkan meminum jus dan makan buah-buahan terutamanya yang mengandungu vitamin C.


Vitamin C memang memainkan peranan penting untuk mencegah selsema. Perkara yang selalu saya amalkan ketika selsema, meminum air oren segar dan makan buah oren sunkist yang masam supaya hidung tidak berair lagi. Sangat berkesan daripada supplemen Vitamin C!Tak percaya cubalah.Kalau makan bersama kawan-kawan di kedai makan, jangan lupa order jus oren yang masam punya ye!Kalau boleh kekalkan Vitamin C untuk kesihatan kita.

Kurangkan bercakap sekiranya sudah mula batuk dan selsema 
untuk mengelakkan virus dari tersebar.




Dalam tempoh selsema, mesti suara kita dalam keadaan sengau kan?Jika tidak mahu keadaan ini berterusan , kenalah  kurangkan bercakap.Kalau nak bercakap juga, kena pakai topeng muka ya.Kasihan kawan-kawan kita nanti jika virus selsema ini tersebar kepada mereka kan?

Mendapat rehat yang secukupnya.


Mendapat rehat, tidak semestinya rehat dan tidur 24 jam. Cuma kita perku kurangkan aktiviti lasak dan tidur awal supaya kita mendapat tenaga yang sepenunhya untuk hari esok.Biasanya, selepas makan ubat selsema, mesti kita mengantuk dan tidur, kan?Sebelum tidur tu, jangan pula lupa kuncikan jam loceng supaya kita tak terlajak tidur dan ketinggalan waktu solat.

Tahan nafas seketika ketika sujud semasa bersolat.




Berkemungkinan sejadah itu berhabuk dan boleh membuatkan habuk disedut dan melekat di paru-paru dan akan meyebabkan selsema kita bertambah teruk.Jadi, kalau boleh , sila jaga kebersihan sejadah sekali.Jangan biarkan ia berhabuk kerana Islam mengutamakan kebersihan.Kebersihan itu separuh dari iman.

Kurangkan aktiviti luar rumah yang sudah pastinya tercemar 
yang akan memburukkan kesihatan kita.




Perintah berkurung di rumah waktu selsema dijalankan.Kurangkan aktiviti dalam persekitaran yang tercemar . Apatah lagi asap kereta dan rokok boleh memudaratkan kesihatan kita. Penyakit jangan dicari ye.

Dapatkan ubat selsema yang boleh dipercayai dan telah disahkan 
oleh Jabatan Kesihatan bila hidung mula berair.



Kadang-kadang kita hanya membeli "Panadol Soluble" kan?Mungkin ada pilihan-pilihan ubat-ubatan lain yang biasanya disyorkan oleh pegawai farmasi berdekatan.Gunakan preskripsi mereka secara teratur.

Segeralah berjumpa doktor sekiranya selsema masih 
tidak sembuh walaupun telah memakan ubat yang disyorkan




Mungkin, kita ini ditakdirkan mendapat sakit untuk menggugurkan dosa-dosa kita.Bukti kasih sayang Allah pada hambaNya.Tak rugi kan kalau kita sakit sedikit kerana pada masa ini kita akan lebih dekat dan sering membisik doa-doa kita kepadaNya :-)

panjang la pulak post ni kan..jgn jemu jemu baca yer..hihi

***Ya Allah permudahkanlah segala urusanku..

Monday, October 17, 2011

"My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story"

"http://non-cinderella-story.blogspot.com/"
Assalamualaikum.

Hati berlagu riang bila baca blog cik Lijah (opsss Pn Lijah :p) ada contest untuk my dream veil..
actually sebelum contest ni dah email pada pn lijah tanya b'kenaan untuk tempah veil pada pn lijah ni..ingat lagi tak pn lijah?? saya azizah .. :) coz tgk hasil DIY pn lijah ni sangat2 kreatif..kalo tangan saya yg wat veil tu ntah2 jadi lapik meja je kot..hahah..so, terus je taip entry untuk join contest ni..mana tau rezeki kan..ooo ye, kalo pn lijah nak tau, hr ni tarikh saya wat entry ni (18.10.11) besday saya tau..kalo la menang contest ni........... aduiiiii hadiah paling BERMAKNA!!!! (ada bunyi cam ayat bodek ke) hehehe..korang nak tau x hadiah2 yang pn lijah ni tawarkan?? jom tengok..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hadiah Pertama: “Your Dream Veil” (veil as per request by the winner)
Hadiah Kedua: Veil jugak – yg ni ikut budi bicara saya nak buat veil yg cane.
Hadiah Ketiga: Sama mcm hadiah veil kedua…hehe
**Warna veil bagi hadiah kedua dan ketiga adalah mengikut kehendak pemenang.

Memang tergoda ngan hadiah yang ditawarkan ni..kebetulan memang tgh mencari sape yg boleh watkan veil utk saya..harap2 leh menang..hehehheheeh..ok2 jgn meluat tau baca contest saya ni..nak tau camne ''My Dream Veil'' saya??.. jom tgk bawah ni..

-
-
-
-
-
-
-
-
POTONGAN   >> saya nak potongan veil semi oval..
.
PANJANG       >> tak mo terlalu panjang..nampak sarat..panjang yg sesuai bg saya cukup                  
sampai paras siku.

TON WARNA >> baju nikah saya kaler turqoise,,lebih kurang warna baju nikah Eliyana.

kaler baju n veil saya

MATERIAL     >> saya suka chiffon..nampak ayu gitu..hehe..

SPESIFIKASI >> saya nak veil yg hanya sarat di kepala sahaja..coz saya nak pakai tudung yg kosong,
 so, saya nak nampak di kepalanampak cantik n sweet..contoh cam pict kat bwh ni..veil Pn Atiqah ni ditempah pada Vispera..saya sangat idam2 kan veil cam ni..selalu berangan..tp nak tempah pd vispera kurang b'kemampuan..hehe..kebetulan t'jumpa blog pn lijah ni.. :)

my dream veil

@ veil camni..

Itulah My Dream Veil saya..skrg ni sangat berdebar2 coz tudung n veil lom setel lagi..majlis lagi 38 hari je lagi...waaaa..semoga Allah permudahkan urusan saya..Amin..

Orang yang saya nak taq ni semuanya bakal2 melangsungkan perkahwinan..korang join la contest ni..mana tau ada rezeki.. :)


Terima kasih Pn Lijah anjurkan contest ni..semoga Allah murahkan rezeki kamu dan semoga berbahagia dengan family baru.. :)

Thursday, October 6, 2011

Tips Mengubah Persepsi Negatif Kepada Persepsi Positif

Assalamualaikum.

"Untuk merubah persepsi dari terus terdorong untuk memikirkan yang negatif supaya sentiasa menjadi positif…erm mcm mana tu?”

1. Bila bangun pagi, puji 3 orang yang kita kagumi setiap hari.
Ambil idola yang menjadi pujaan hati kita, sesiapa sahaja janji Anda kagum ngan pencapaian dia. Puji dengan ikhlas, seikhlas yang mungkin. Biar rasa kagum tu meresap ke dalam hati.

Pada peringkat permulaan, agak payah sikit, bila buat tiap hari, ia akan jadi kebiasaan dan membuat kita bersemangat di awal pagi. Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian hembus perlahan-lahan dan kiraan tujuh saat. Buat 3 atau 4 kali.

2. Time mandi, sewaktu air tu menyiram badan, panjatkan rasa syukur atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan ke dalam hidup kita, yang nampak dan yang tak nampak.

Ucapkan syukur time sarapan pagi dan ketika mula buat kerja hingga sebelum nak tidur, atas segala nikmat lalu dan yang akan datang. Misalnya, sebut “Thank you Allah, for all that i have and for all that i’ve received”.

Sebab, semakin kita bersyukur dengan ikhlas, semakin ditambahkan nikmat dalam hidup kita, lalu semakin positif kita jadinya dan segala urusan dipermudahkanm, masalah diringankan.

3. Bila melihat orang lain, mendengar berita, atau terlihat situasi-situasi lain, kawal kata-kata dalam hati dan yang terlintas di dalam minda. Latih diri untuk memandang pada aspek-apek positif yang wujud.

‘Paksa’ minda untuk melihat pada nilai yang baik-baik. Latih diri dan latih minda, di samping mengawal setiap kata-kata yang ada di dalam hati.

Seperti latihan lain, ia perlukan disiplin. Bila selalu lakukannya, ia akan jadi kebiasaan.

Bila dah jadi kebiasaan, Anda akan dapat menjana fikiran positif dan terdorong memandang yang positif saja. Tak percaya? Cubalah!

4. Buat keputusan muktamad untuk menjadi orang yang berfikiran positif. Jauhkan diri dari mendengar kata-kata umpatan, caci maki, geram, marah, tak puas hati, menyampah, menghina dan yang serupa, sebab bila layan semua ni, ia akan masuk ke dalam minda.

Caranya nak elak ia masuk, beristighfar sebanyak mungkin sehingga rasa insaf tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Bila rasa Anda tak bersemangat, fikirkan orang lain yang lebih susah dari Anda serta yang lebih parah hidupnya dari Anda, serta merta akan terbit rasa syukur kerana hidup Anda sekarang lebih baik daripada mereka. Kesannya, Anda akan bermotivasi.

5. Selalu bersangka baik pada semua orang, semua keadaan situasi, perkara, benda dan apa saja. Bersangka baik, akan dibalas baik dan saya percaya, Anda akan ditemukan dengn situasi yang baik-baik, orang yang baik-baik dan benda yang baik-baik kesan daripada itu.

Kalau asyik bersangka buruk dan memberi respon buruk di hati Anda, Anda akan ditemukan dengan situasi-situasi yang buruk juga. Tak ada siapa yang nak dirinya asyik ditimpa situasi buruk. Ubah mindset dan kemudian Anda boleh ubah hidup Anda.

Ibaratkan seperti menanam benih dalam minda, sirami dengan fikiran yang baik-baik dan hasilnya, sudah tentu hati yang baik, attitude yang baik.


"Wahai tuhan kami, ampunilah dosa dan kesalahan kami, juga dosa-dosa para mukmin yang telah mendahului kami dan janganlah engkau masukkan dengki khianat ke dalam hati kami terhadap mereka yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Amin

Sunday, October 2, 2011

Wedding Update : Kad Kawen - Setel.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kad kawen dah setel..lega rasa bila lagi satu check list dah dipotong..huhu
agak cepat juga kad ni siap..dijanjikan 10-14 hari dr tarikh transfer duit last week..
rupanya 7 hari dah siap..sangat exited la nak gi tengok hasilnya..hehe..
biasa2 je kad kawen aku ni..sangat sempoi.. :)
Nak tengok ke?? ala tunggu je la hujung bulan ni akan mula diedarkan..hehehe.. :P
ok la nak tunjuk juga sikit..sangat sempoi tau..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
eh eh eh terlebih lak..hehe..ok la ni dia kad kawen kami..

cantik x? hehe


Tunggu yer, nnt sy akan poskan ke alamat2 rumah anda.. :)

Monday, September 26, 2011

Detik 60 HARI..TIK TOK TIK TOK..

Assalamualaikum..

Perasaan berdebar2 makin laju dah skarang ni..
adoiii gembira + nervous + sedih +++++++
semua perasaan ada dlm hati ni..huhu..

Setakat ni persiapan tinggal 35% je kot..

Semoga segala urusan berjalan dengan lancar
n dipermudahkan olehNya..
            AMIN..

Monday, September 19, 2011

Raya Sakan @ Jamuan Raya IPB

Assalamualaikum.

Sekarang ni masing2 sibuk menghadiri jemputan open house kwn2 n sedara mara kan..
selagi tak habis raya kan..huhu.

Khamis lepas (15.09.11) merupakan Jamuan raya terbuka kat opis kami..untuk tahun ni kami sewa di dewan masjid sebelah opis ni..lapang la sikit kan..maklumlah di opis kami sudah tiada ruang..hehe..
Dah 3 thn b'turut2 setiap unit akan membuka kiosk dengan menu masing2..maka menu jamuan opis kami akan pelbagai la..tak terlarat nak makan..dan pertandingan kiosk tercantik juga diadakan..untuk tahun ni dan pemenangnya Sekolah Perakaunan..tahniah u all.. :)

Tahun ni raya paling best kat opis sebab kt org di unit Pentadbiran wat baju sedondon..kaler hijau u..hehe..
ok jom layan gambar2 kami.....

Pentas

Kiosk Unit Kaunseling, HR N Kewangan

Kiosk Unit Bahasa..Aneka Kek.

Aneka Puding n kek.


Sate n Kambing bakar.

Ni la Kiosk yang menang..sedappp..buah celup coklat.








AJK PERKASA 2010/2011

Sedondon..hehe