Blogger Backgrounds

Kisah Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami telah disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 7, 2012

Check Up My Sweetheart 06/03/12

Assalamualaikum.

Semalam saya n hubby cuti untuk gi tengok 
my sweetheart utk check up yg ke 3.
Alhamdulillah sweetheart sihat n membesar 
mengikut perkembangan yg sepatutnya.
tangan, kaki, hidung, mata, tulang belakang 
semua dah t'bentuk.

Yang paling menyeronokkan kami, bila Dr scan je, 
sweetheart melambung2kan badannya..sweetnya anak
mama n papa ni.. ;)

Dr pon seronok nengok reaksi sweetheart kami..
Dr ckp dia tau tu kt tengok dia.. ;)
rasa sangat teruja..
Mama n papa doakan kamu sihat n 
jadi anak yang solleh..

Mysweetheart kami.


**lepas gi check up kami ke Jusco..
Mama Fiza, kami nampak kamu tgh b'shoppg juga..huhu

Thursday, March 1, 2012

Pengalaman 1st time check-up My Sweetheart - 30/01/2012

Assalamualaikum..

Lama sungguh x mengupdate blog colourful girl ni kan..
dah bersarang2 dah blog ni..kalo kat rumah pon En Husband
yang watkan kerja rumah, ini kan pula nak update blog ni..
kesian En Husband, tp syukur sangat2 dpt husband yg memahami
seperti En Shahril Khairi b Hj Mat Ali..tqvm dear.. ;)

Sekarang ni usia My Sweetheart 12 minggu, dan selama 12 mggu
ni la mama dia kena 'Night Sickness'..Doktor cakap Morning Sickness
tu dah tak betul istilahnya..hehe..tiap2 mlm la bakal mama ni akan muntah
n tak lalu makan..kdg2 x leh mkn langsung time mlm tu..
bila bakal menjadi ibu ni baru tau macamne rasanya pengorbanan
mengandung ibu2 kt dulu..MasyaAllah..tapi pengalaman ni
tak semua orang dapatkan..dan kadang2 menjadi kenangan manis
pd kt..tetap bersyukur pdNya kerana masih kuat lagi pada waktu siang..

Ok, nak cerita pengalaman 1st time check-up kat Pakar Al-Islam
Specialist Hospital..sebelum scan tu Dr tanya, ''ada keturunan kembar ke''
wah, time tu hati berdebar2 dah ni..kembar ke bakal My Sweetheartni..
mmg ramai yg ckp pon dlm perot ni kembar, sbb perot saya besar..haha
tapi, bila scan, sorang je ada.. ;)..Dr ckp kantung baby saya besar..leh muat
2 org kot..hehe



**Bila tgk hasil scan tu rasa sgt terharu dgn kebesaran Allah..
    next check-up 06/03/2012..check-up yg ke 3..tak sabar nak tgk
    my sweetheart ni.. :)

Wednesday, January 18, 2012

Info Alahan ketika Mengandung

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dikurniakan rezeki yg nikmat ni..Syukur..

Nak kongsi pengalaman pregnant di bulan p'tama ni..
Mula2 tu Alhamdulillah la rasa seperti biasa je..
makan amat selera sekali..tapi, masuk minggu ke 6
(semalam 17/1/12) mula rasa loya2, perut sebu n lepas

makan je nak muntah..seksa juga rasanya, tapi terima
dugaan ni dengan terbuka.. :) bak kata suami, cuba jgn
sebut p'kataan ''adoi'' cuba cakap ''Alhamdulillah''..
haha, suami yang selalu bg semangat n sentiasa tolong
wat kerja rumah time isterinya tak larat..tqvm hubby.. :)

ok la, nak kongsi info tentang alahan..dah rasa loya
menaip panjang2 ni..hahah..sabar je la kan..


Sebab Dan Cara Atasi Alahan Mengandung

alahan mengandung, sebab alahan mengandung, cara atasi alahan
Contoh alahan semasa mengandung ialah seperti  muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung (alhamdulillah). Sebab alahan ialah kerana  wanita mengandung alami perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?

Kebanyakan, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam 3 bulan pertama. Apabila usia kandungan mencecah 3 bulan  kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Bagi wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan

morning-sickness, alahan mengandung, cara atasi alahan, ibu hamil alah, muntahSecara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan
  1.  Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  2. Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  3. Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  4. Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  5. Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  6. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  7. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  8. Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  1. Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  2. Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  3. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  1. Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  2. Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  3. Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  4. Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  5. Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  6. Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  7. Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  8. Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  1.  Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  2. Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  3. Berat badan anda menurun dengan banyak.
  4. Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  5. Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  6.  Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

Tuesday, January 10, 2012

<>Wordless Wednesday<> MUNGKINKAH??

Assalamualaikum..

MUNGKINKAH?? huhu
Hanya berdoa kepadaNya semoga dimurahkan rezeki.

Thursday, January 5, 2012

Pelaburan Dinar Emas

Assalamualaikum..

Bagi penggemar pelaburan dinar emas,
ada berita baik untuk anda,
hari ni harga emas turun .
Harga 1 dinar (4.25gram) hanya RM 739.00.



Baru nak b'jinak2 ngan pelaburan dinar emas ni..
Kepada kwn2 yg nak tau lebih lanjut,
jom baca web2 ni..
@ google je utk info lanjut..

jutawanemas
pelaburandinar



INFO :

> 1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat 
(emas 916) yang beratnya 4.25 gram manakala
> 1 dirham merujuk kepada syiling perak 
tulen (999.9) yang beratnya 2.975 gram














*** Jom sama2 miliki dinar emas untuk masa hadapan!!