Assalamualaikum.
Hari ni adalah hari menguji kesabaranku..lagi2 dibulan puasa ni kan..
bekerja dengan berurusan dengan student dan parents student ni
memang memerlukan kesabaran yang tinggi..
Nak cerita sikit pengalaman pagi ni berurusan dengan bapa student
yang tidak puas hati keputusan temuduga biaiswa anaknya..Kebetulan bos aku cuti hari ni,
maka aku la yang kena menjawab dan melayan segala kerenah bapa student tu..
Al-Kisahnya..Bapa pelajar tersebut nak buat rayuan biasiswa anaknya disebabkan keputusan biasiswanya adalah Yuran Pengajian Separuh, dan Elaun Tiada..Aku pon menerangkan prosedur2 untuk membuat rayuan, iaitu pada semester seterusnya baru dibolehkan wat rayuan..Ini adalah prosedur dari Baitulmal MAIWP ye..bla bla bla...terus Bapa pelajar tersebut melenting mengatakan cara pengiraan biasiswa tersebut TAK ADIL!!!..aiyoo..menguji kesabaran aku ni..aku pon menjelaskan lagi cara pengiraannya mengikut jadual perkiraan ASNAf2 yang ditetapkan oleh MAIWP..Bapa student tu tetap tak puas hati..adui la letihnya aku nak layan pakcik ni..tapi terpaksa la juga layan walaupon nada aku pon naik sikit..hehehehe..
Padahal gaji setelah dicampur dengan isterinya berjumlah RM 4k..memanglah patut tak layakkan..Lagi2 ini duit zakat..huh..Akhir ceritanya, aku suruh dia gi MAIWP bahagian Baitulmal untuk meminta penjelasan tidak puas hati tadi..
So, dalam diri kita ni tanamlah sifat sentiasa Bersyukur dengan segala rezeki yang telah ditentukan..walaupon ianya sedikit.. =)
Tahniah kepada student2 IPB yang mendapat Bantuan Ramadhan (duit raya) berjumlah RM 200.00 seorang..& TQ kepada MAIWP.. =)
Thursday, August 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment