Blogger Backgrounds

Kisah Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami telah disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, October 22, 2011

Tidakkkkk!!! selesema lagi!!

Assalamualaikum..

Hai comel2 smua..lama x update blog..hanya blog walking je.. :)
saat2 sebulan lg majlis ''Ikatan Kasih'' ni, cik jijah kena flu la pulak..
aduiii sangat tidak selesa..suara dah confirm sengau..hehe

Jadi, cik jijah nak share tips hilangkan selesema ni..

Minum banyak air sekurang-kurangnya 15 gelas air dalam sehari.


Susahnya nak dapatkan 15 gelas kan?Lapan gelas sehari pun belum tentu kita dapat habiskan.Tapi apa yang saya sarankan, air memang memang mempunyai ciri-ciri perubatan yang tersendiri untuk memulihkan kita secara automatik.Saya pasti, terdapat banyak produk temapatan yang berasaskan air kesihatan, kalaulah tak dapat nak habiskan 15 gelas sehari, mungkin kita boleh mencuba air minuman kesihatan tersebut. Tetapi sebelum minum, digalakkan membaca selawat syifa ya sebagai usaha dan tawakal kita kepada Allah s.w.t.

Jika kita terdedah dengan habuk, gunakan topeng muka.


Mungkin situasi ini apabila kita terlalu terdedah dengan habuk.Teringat pula zaman H1N1 dulu, topeng muka pun ada harga kawalan dan boleh kehabisan stok.!Jadi apa kata kita sediakan payung sebelum hujan, dan sediakan topeng muka ini sebagai alat bantuan kecemasan tambahan kita. Boleh kan?

Banyakkan meminum jus dan makan buah-buahan terutamanya yang mengandungu vitamin C.


Vitamin C memang memainkan peranan penting untuk mencegah selsema. Perkara yang selalu saya amalkan ketika selsema, meminum air oren segar dan makan buah oren sunkist yang masam supaya hidung tidak berair lagi. Sangat berkesan daripada supplemen Vitamin C!Tak percaya cubalah.Kalau makan bersama kawan-kawan di kedai makan, jangan lupa order jus oren yang masam punya ye!Kalau boleh kekalkan Vitamin C untuk kesihatan kita.

Kurangkan bercakap sekiranya sudah mula batuk dan selsema 
untuk mengelakkan virus dari tersebar.




Dalam tempoh selsema, mesti suara kita dalam keadaan sengau kan?Jika tidak mahu keadaan ini berterusan , kenalah  kurangkan bercakap.Kalau nak bercakap juga, kena pakai topeng muka ya.Kasihan kawan-kawan kita nanti jika virus selsema ini tersebar kepada mereka kan?

Mendapat rehat yang secukupnya.


Mendapat rehat, tidak semestinya rehat dan tidur 24 jam. Cuma kita perku kurangkan aktiviti lasak dan tidur awal supaya kita mendapat tenaga yang sepenunhya untuk hari esok.Biasanya, selepas makan ubat selsema, mesti kita mengantuk dan tidur, kan?Sebelum tidur tu, jangan pula lupa kuncikan jam loceng supaya kita tak terlajak tidur dan ketinggalan waktu solat.

Tahan nafas seketika ketika sujud semasa bersolat.




Berkemungkinan sejadah itu berhabuk dan boleh membuatkan habuk disedut dan melekat di paru-paru dan akan meyebabkan selsema kita bertambah teruk.Jadi, kalau boleh , sila jaga kebersihan sejadah sekali.Jangan biarkan ia berhabuk kerana Islam mengutamakan kebersihan.Kebersihan itu separuh dari iman.

Kurangkan aktiviti luar rumah yang sudah pastinya tercemar 
yang akan memburukkan kesihatan kita.




Perintah berkurung di rumah waktu selsema dijalankan.Kurangkan aktiviti dalam persekitaran yang tercemar . Apatah lagi asap kereta dan rokok boleh memudaratkan kesihatan kita. Penyakit jangan dicari ye.

Dapatkan ubat selsema yang boleh dipercayai dan telah disahkan 
oleh Jabatan Kesihatan bila hidung mula berair.



Kadang-kadang kita hanya membeli "Panadol Soluble" kan?Mungkin ada pilihan-pilihan ubat-ubatan lain yang biasanya disyorkan oleh pegawai farmasi berdekatan.Gunakan preskripsi mereka secara teratur.

Segeralah berjumpa doktor sekiranya selsema masih 
tidak sembuh walaupun telah memakan ubat yang disyorkan




Mungkin, kita ini ditakdirkan mendapat sakit untuk menggugurkan dosa-dosa kita.Bukti kasih sayang Allah pada hambaNya.Tak rugi kan kalau kita sakit sedikit kerana pada masa ini kita akan lebih dekat dan sering membisik doa-doa kita kepadaNya :-)

panjang la pulak post ni kan..jgn jemu jemu baca yer..hihi

***Ya Allah permudahkanlah segala urusanku..

1 comment: