Blogger Backgrounds

Kisah Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami telah disatukan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 23, 2011

Apa dah jadi??

Suspen je kan title tu..sebenarnya aku x tau apa dah jadi ngan blog aku ni..
konon2 nak cantikkan blog cam member2 aku yang lain..akhirnya aku sendiri yang pening..
(sama dalam kepala otak aku yg pening pasal preparation tunang + kawen)..
Semakin hari aku rasa berdebar2 sangat..mmg susah rupanya nak hadapi majlis besar2 ni kan..
ingat senang je..hehe..aku rasa nak kawen cepat2 je, supaya cepat selesai majlis tu dengan lancar..
selagi x selesai berserabut n menggelabah lak aku rasa..huh!!!..so, kpd yang belum kawen tu, 
wat la persiapan secukupnya..apa yang penting DUIT!!!..dan ikutlah kemampuan diri sendiri..
asalkan kita puas hati..tapi aku sendiri pon lom selesai lagi ni, pandai2 je nasihat org kan..hahaha..
saja nak tenangkan emosi ni..
Esok aku ambil cuti, nak gi Nilai utk tengok persiapan tunang.
sambil survey2 apa yang patut untuk majlis kawen lak..kalo ikutkan beli je kat kl ni..
lebih kurang je harganya..tapi ''jauh perjalanan luas pemandangan''..heheh..

Friday, February 18, 2011

Gemuruh Jiwa ;P

Dari smalam lagi aku rasa cuak sesangat bila baca blog Nat ..mantap la preparation utk wedding dia..hampir 80% dah setel..cuma nak akad nikah je..hehe..aku masih 0% preparation..waaaaa takutnyee..terus aku call Nat, interview dia..hehe..TQ Nat, aku dah dpt semangat berkobar2 dari ko..akhirnya aku bakal dpt pakej dari satu butik ni..tapi masih survey lagi..tapi setakat ni aku dah tertarik kat pakej dari butik tu, harganya amat berpatutan..sesuai lah utk majlis aku nanti yg berkonsepkan sederhana saja..huhu..dah call owner butik tu, dan tarikh yang dicadangkan tu masih kosong..Alhamdulillah..tapi aku mesti bertindak pantas, seperti Cik Nat tu..hehe..idea untuk memilih butik ni pon aku dapat dari Cik Fatehah Rahmat..dia pon dah booking di tempat yang sama..TQ Tea'ah..betul kata Nat, kt survey dari kawan2 yang dah berpengalaman je..lepas tipon Nat, terus aku call Tea'arh..itu lah al-kisah nya..
Memang pening la memikirkan persediaan kawen ni..huh!!..so, check list tu amat penting..check list ni pon aku ikut fiza je..TQ mama fiza..hehe..bagus juga ada kwn2 yg dah berpengalaman ni..senang nak dirujuk.. ;)

CANTEK TAK COLOUR NI?


Majlis Tunang pon lom selesai lagi..aku dah pening Majlis Kahwin.. ;D

Saturday, February 12, 2011

Preparation Engagement

OMG hari ni dah 13.2.2011..aku rasa berdebar2 sgt..makin laju lak denyutan jantung ni..
persiapan baru 40%..arrrrrrghhh tolong!!!..Sekarang ni bz ngan keja..
kena kerja sabtu n ahad at least sekali dlm sebulan..tapi aku bersyukur sgt kerana dimurahkan rezeki, Alhamdulillah..Syukran Ya-Allah..tapi kekurangannya apa2 program pd hari tersebut tak dapat la aku join..harap maklum ye kawan2 smua..semalam pon tak dapat gi majlis perkahwinan SSA..emm..apa yang penting, untuk mencari rezeki yang halal kt kena berkorban..
dan ini lah salah satu pengorbanan aku..cewah..hihi..
Sambung semula cerita preparation tadi, setakat ni bekas hantaran dah hampir siap, 
cuma tinggal hiasan sikit2 je lg..TQ kpd k.long Yati kerana bnyk tolong untuk bekas hantaran ni..
Alhamdulillah ramai juga yang sponsor hantaran..
aku hanya beli sejadah, songkok n tafsir..lagi 6 bekas dah di sponsor..tq kpd smua yg sponsor.. :)
Ok, stakat ni dulu la update pasal preparation ni..akan disambung kemudia..ada student nak jumpa lak..huhu..

Thursday, January 20, 2011

13.3.2011????

Upsss ada apa pd tarikh tu??? tetiba b'kenan ngan tarikh ni..hehe..
 Lama tul x update blog ni..nak kata bz, mmg bz la musim skarang ni, 
bila dah setel keja baru rasa best nak curi tulang ni..heheh..
Berbalik pada kisah tarikh kat atas tu, rasa2nya u all tau x ada apa pd tarikh tu?? 
hehe gedik la pulakkan nak suh  teka2 lak.. tp mesti korang tau..
lagi2 Pn Fiza, genap dah setahun ulang tahun perkahwinan beliau..
wah, cepat tul masa berlalu kan..hmmm..
Bila difikir pasal tarikh tu mulalah berdebar2 jantung ni..apa pon lom buat ni...tolonggggg!!!! 
cerita selanjutnya akan disambung kemudian ye..nantikan!!!heheh


Monday, November 22, 2010

Alhamdulillah, Selesai sudah.

Agak terlewat untuk update kisah perjalanan Haji my mom di tanah suci..Alhamdulillah semuanya sudah selamat mengerjakan segala Rukun dan Wajib Haji..Tahniah kepada semua jemaah haji kerana tabah mengahadapi segala dugaan dan cabaran untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-5.

Hampir setiap hari aku akan call Ma.hehehe..maklumlah first time berjauhan ni..mula2 tu memang rasa sedih setiap kali call..tapi sekarang dah ok.. ;)..sebenarnya risau dengan kesihatan beliau..tapi Alhamdulillah semuanya sihat je..cuma selsema n batuk tu penyakit biasa akan dihidapi mereka..perubahan cuaca di sana..suhu kat sana 37 - 38c..huh!! panas tu..tapi tu baru panas di dunia..subhanaAllah..

Kepada kwn2 kat sana tu, jom kita menabung di tabung Haji n daftar Haji dari sekarang!!! kalau daftar sekarang pon tarikh quota adalah 30 tahun akan datang tau..bayangklan time tu dah umur 50an dah..huh!!

HAJAH2 dan HAJI2